TERBARU!!! Peniaga di Thailand lega boleh berniaga semula. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Peniaga di Thailand lega boleh berniaga semula. Mulai minggu ini, aktiviti di Thailand kembali dengan kehidupan normal baharu, selepas kerajaan membenarkan beberapa jenis perniagaan dan kawasan dibuka semula.
Pemilik gerai mi terletak di jalan Sukhumvit, Nattaporn Khongsuan dan pekerjanya menyusun meja dan kerusi dengan jarak 1.5 meter antara satu sama lain, selaras dengan peraturan penjarakan sosial yang ditetapkan.
"Lama saya tunggu saat ini...tak sabar nak lihat pelanggan datang menjamu selera dalam suasana yang sedikit berbeza," kata peniaga berusia 45 tahun itu kepada Bernama.
Enam jenis perniagaan dan tempat termasuk gerai makanan jalanan, kedai dan restoran di luar pusat beli-belah dibenar beroperasi semula mulai 3 Mei, sejak pihak berkuasa menutup perkhidmatan itu pada akhir Mac untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Bagi memastikan tidak berlaku gelombang kedua pandemik, pihak berkuasa menetapkan garis panduan dan langkah-langkah keselamatan, yang perlu dipatuhi.
Antara lain, jarak meja satu hingga 1.5 meter, tiada minuman beralkohol dibenarkan, pemeriksaan suhu badan pelanggan dan pekerja serta hanya dua pelanggan duduk di setiap meja.
"Sekarang, jumlah pelanggan yang makan di restoran atau gerai akan dikurangkan kerana kita nak pastikan jarak sosial dipatuhi.
"Paling penting, semua langkah itu untuk memastikan keselesaan pelanggan. Semua orang mesti memainkan peranan mereka agar kita dapat kembali kepada kehidupan normal," katanya.
Pemilik salun rambut, Wanna, 61, memakai penutup hidung dan mulut dan memegang termometer sambil menyambut kedatangan pelanggan di pintu masuk salunnya.
Beliau berkata hanya perkhidmatan menggunting, mencuci serta mengering rambut sahaja dibenarkan dan pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dahulu.
Pelanggan juga perlu meninggalkan maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi jika terdapat kes postif COVID-19.
Mulai Ahad perniagaan dan tempat termasuk pasar, restoran, perniagaan borong dan runcit, taman, kedai gunting dan salun rambut, hotel dan pusat dandanan haiwan peliharaan kembali beroperasi.
Hanya sukan larian dan berbasikal dibenarkan manakala aktiviti seperti tarian aerobik, tai chi, bola keranjang dan bola tampar adalah dilarang.
Pusat beli-belah, pawagam, teater, gimnasium, spa, gelanggang tertutup termasuk untuk sukan tinju masih ditutup.
Kerajaan akan menilai keadaan setiap dua minggu sekali.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.