TERBARU!!! 1.7 juta batang rokok seludup dirampas 'ala Pos Laju'. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! 1.7 juta batang rokok seludup dirampas 'ala Pos Laju'. Tindakan seorang lelaki tempatan menggunakan kaedah penghantaran barangan Pos Laju bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila lori dengan muatan rokok seludup ditahan oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Jalan Silam, di sini, minggu lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar, berkata pihaknya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup apabila menemui 1,740,800 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM173,440 dalam lori yang dipandu oleh lelaki berusia 27 tahun itu.

Menurutnya, jumlah cukai terhadap rokok itu bernilai RM1,625,728 dan lori itu disita dan pemandunya ditahan reman selama 14 hari.

“Tangkapan dibuat pada jam 2.45 petang, 28 April lalu setelah menerima maklumat risikan, sepasukan pegawai Kastam Bahagian Penguatkuasaan Lahad Datu mengesan sebuah lori di Jalan Silam,”  katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu cuba menggunakan kaedah penghantaran barangan Pos Laju bagi mengaburi perhatian pihak berkuasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melalui jalan darat dari Tawau menuju Lahad Datu.

Katanya, suspek akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers