TERBARU!!! Ingkar PKP: Enam rakan berbuka puasa di bilik hotel didenda RM1,000. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Ingkar PKP: Enam rakan berbuka puasa di bilik hotel didenda RM1,000. Akibat berkumpul beramai-ramai dengan alasan ingin berbuka puasa di sebuah bilik hotel, enam rakan termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM1,000 atau penjara empat minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas semua tertuduh yang berusia lingkungan 30 hingga 36 tahun mengaku bersalah.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di sebuah hotel di Dang Wangi pada 9.45 malam 29 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar kesemua tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama manakala peguam Tan Kim Kiek dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu hukuman ringan berbentuk denda atas alasan mereka telah menyesal dan insaf.
Sementara itu, 39 individu termasuk seorang wanita didenda di antara RM400 dan RM1,000 oleh dua Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku berhimpun dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain atas pelbagai alasan termasuk ingin membeli makanan, keluar untuk berbuka puasa serta membaiki motosikal.
Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh, termasuk 27 warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Somalia, dipenjara antara tiga minggu hingga sebulan jika gagal membayar denda itu.
Kesemua tertuduh yang berusia lingkungan 20 hingga 52 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di sekitar Kuala Lumpur di antara 13 April dan 2 Mei lepas.
Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, tiga lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Myanmar dipenjara tiga bulan manakala 12 lagi, termasuk tiga wanita, didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bergerak dari satu tempat ke tempat lain melebihi jarak 10 kilometer dari tempat tinggal masing-masing.
Majistret Nor Ariffin Hisham memerintahkan kesemua tertuduh warga asing, yang turut mengaku tinggal lebih masa di Malaysia, menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap iaitu antara 29 Mac dan 20 April lepas.
Antara alasan yang diberikan tertuduh ketika ditanya sebab mereka melakukan kesalahan itu ialah ingin membeli rokok pada 4.30 pagi, menggunting rambut dan berjumpa teman lelaki.
Kesemua tertuduh yang berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan Kampung Sungai Kayu Ara, Lebuhraya Persekutuan dan Bandar Utama di sini antara 29 Mac hingga 20 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak COVID-19.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.