TERBARU!!! Melaka akan laksana projek mitigasi Tasik Biru dan Sungai Kesang. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! Melaka akan laksana projek mitigasi Tasik Biru dan Sungai Kesang. Kerajaan negeri Melaka akan melaksanakan Projek Mitigasi Tasik Biru dan Sungai Kesang di Jasin dekat sini sebagai alternatif menghadapi musim kemarau khususnya bagi memastikan bekalan air di negeri ini tidak terjejas.

TERBARU!!! Melaka akan laksana projek mitigasi Tasik Biru dan Sungai Kesang. Kerajaan negeri Melaka akan melaksanakan Projek Mitigasi Tasik Biru dan Sungai Kesang di Jasin dekat sini sebagai alternatif menghadapi musim kemarau khususnya bagi memastikan bekalan air di negeri ini tidak terjejas.


Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata projek itu adalah inisiatif tambahan kerajaan negeri selain pembinaan Empangan Jernih di Alor Gajah dekat sini dan Off River Storage (ORS) Melaka yang akan dilaksanakan secara berperingkat tahun ini.

Beliau berkata secara dasarnya Melaka menghadapi dua pusingan kemarau dalam setahun dan empangan sedia ada bergantung kepada taburan hujan selain Melaka antara lima negeri yang mempunyai sumber air terhad selain Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

"Menerusi projek ini, sumber air di Tasik Biru dan Sungai Kesang akan disalurkan terus ke Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus bagi mengurangkan kebergantungan Empangan Durian Tunggal pada Sungai Melaka sementara Empangan Jus bergantung pengisian Empangan Durian Tunggal.

"Justeru, kita telah mengemukakan permohonan peruntukan berjumlah RM300 juta daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi membiayai dua projek itu menerusi surat bertarikh 22 April lepas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata projek alternatif tersebut penting kerana mengikut kajian National Water Resources Study 2000-2025, Melaka akan mengalami defisit sumber air menjelang 2022 bagi menampung keperluan permintaan air yang semakin meningkat.

Sementara itu, katanya projek pembinaan Empangan Jernih melibatkan kos berjumlah RM200 juta juga dijangka dimulakan pada tahun ini dan siap dalam tempoh 30 bulan manakala projek ORS Melaka yang juga akan bermula pada tahun ini dijangka siap pada Ogos depan.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata semua empangan dan kolam tadahan air di negeri ini akan ditanam dengan pokok hutan bagi menggantikan tanaman kelapa sawit secara berperingkat.

Beliau berkata usaha itu bagi memastikan bekalan air di empangan dan kolam tadahan tidak terjejas kerana pokok kelapa sawit memerlukan banyak air untuk hidup.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers