TERBARU!!! Kerajaan P. Pinang cadang ganti lif sempit Taman Free School. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Kerajaan P. Pinang cadang ganti lif sempit Taman Free School. Kerajaan Pulau Pinang sudah mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah lif sempit di rumah pangsa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Taman Free School di sini, menyebabkan penduduk menghadapi kesukaran terutamanya dalam mengamalkan jarak sosial semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata pihaknya sedang dalam proses mendapatkan kelulusan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk menggantikan lif yang sempit itu dengan lif baharu yang lebih luas dan selesa.
Tiga blok rumah pangsa 11 tingkat itu masing-masing mengandungi 95 unit kediaman dengan setiap blok hanya dibekalkan satu kemudahan lif dengan saiz sebesar 1.524m panjang dan 0.914m lebar.
"Saya mengakui semua lif di ketiga-tiga blok rumah pangsa itu memang sempit sehingga menimbulkan kesukaran kepada penduduk dalam menjalankan aktiviti harian namun, usaha sedang dijalankan untuk menggantikan lif atau menambah satu lagi lif kepada setiap blok," katanya ketika ditemui Bernama pada Majlis Pelancaran Jalan Gudwara dalam tulisan Gurmukhi, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jagdeep berkata kawasan perumahan di Taman Free School mempunyai lebih 10,000 unit rumah dengan 28 blok perumahan, di bawah projek perumahan kerajaan negeri dan MBPP.
Jelas Jagdeep, kebanyakan blok rumah di situ adalah lima tingkat dan hanya tiga blok rumah pangsa 11 tingkat itu yang mempunyai lif.
Khamis lepas, Bernama melaporkan bahawa penduduk di tiga blok rumah pangsa di Taman Free School menghadapi kesukaran untuk mengamalkan jarak sosial kerana masing-masing hanya mempunyai satu kemudahan lif yang sempit.
Menurut penduduk, lif itu hanya mampu menampung lima hingga enam orang dalam satu masa dan itu pun dalam keadaan berhimpit.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.