TERBARU!!! COVID-19: Bicara kes 1MDB Najib pada 13 Mei, patuhi garis panduan mahkamah terbuka. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM #najibrazak

TERBARU!!! COVID-19: Bicara kes 1MDB Najib pada 13 Mei, patuhi garis panduan mahkamah terbuka. Kes perbicaraan berprofil tinggi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion akan bersambung pada 13 Mei dengan mematuhi garis panduan mahkamah terbuka ekoran wabak COVID-19.

TERBARU!!! COVID-19: Bicara kes 1MDB Najib pada 13 Mei, patuhi garis panduan mahkamah terbuka. Kes perbicaraan berprofil tinggi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion akan bersambung pada 13 Mei dengan mematuhi garis panduan mahkamah terbuka ekoran wabak COVID-19.


Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah akan bermula pada 9 pagi seperti yang dijadualkan dengan semua pihak harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh mahkamah.

"Kami telah diarahkan untuk duduk di tempat yang telah ditetapkan dalam mahkamah terbuka dan mematuhi penandaan jarak sosial yang telah dibuat," katanya melalaui mesej WhatsApp.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) semalam, Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat berkata kes yang telah ditetapkan untuk pendengaran di mahkamah terbuka akan bermula secara berperingkat mulai 13 Mei ini. 

Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lepas dan surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman bertarikh 2 Mei mengenai operasi pejabat kerajaan dan sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut kenyataan itu, mahkamah juga akan memastikan garis panduan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan sentiasa dipatuhi dan semua pihak yang berurusan dengan mahkamah digesa mematuhi arahan dan garis panduan yang dikeluarkan mahkamah, MKN dan KKM.

Mahkamah sebelum ini telah menetapkan tarikh perbicaraan kes 1MDB pada bulan Mac iaitu 2-13, 19-20, 23-27 dan 30-31; April 1-30; dan Mei 4-8, 11-22 termasuk hari Jumaat.

Tarikh lain perbicaraan yang ditetapkan adalah pada sepanjang bulan Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober, termasuk Jumaat.

Apabila perbicaraan itu bersambung semula, peguam utama pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi kesembilan pihak pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang telah memberi keterangan sejak 23 September tahun lepas.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers