TERBARU!!! Lebih RM130 juta Tabung Musa'adah COVID-19 digunakan bantu golongan terjejas. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Lebih RM130 juta Tabung Musa'adah COVID-19 digunakan bantu golongan terjejas. Lebih RM130 juta dana daripada Tabung Musa'adah COVID-19 telah digunakan bagi membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19, sejak tabung itu dilancarkan pada 24 Mac lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata antara penerima manfaat tabung itu termasuk imam masjid, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan Orang Asli.
"Untuk hari ini pula, kita santuni warga dan banduan di lima penjara dan sejumlah RM19,000 disumbangkan daripada tabung ini," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Sahabat Penjara di Penjara Kajang, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar dan Pengarah Penjara Kajang Abdul Halim Ma Hasan.
Lima institusi penjara menerima manfaat tabung itu ialah Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Penjara Sungai Buloh, Penjara Seremban dan Maktab Penjara Malaysia.
Program anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertujuan menyantuni petugas dan banduan khususnya banduan akhir menerusi program motivasi serta sumbangan bekalan makanan.
Tabung Musa'adah COVID-19 yang dilancarkan pada 24 Mac lepas bagi membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak itu.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.