TERBARU!!! Tingkatkan jumlah rumah perlindungan mangsa keganasan rumah tangga - WAO. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! Tingkatkan jumlah rumah perlindungan mangsa keganasan rumah tangga - WAO. Kerajaan diminta meningkatkan jumlah rumah perlindungan untuk mangsa keganasan rumah tangga bagi mendapatkan perlindungan, menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

TERBARU!!! Tingkatkan jumlah rumah perlindungan mangsa keganasan rumah tangga - WAO. Kerajaan diminta meningkatkan jumlah rumah perlindungan untuk mangsa keganasan rumah tangga bagi mendapatkan perlindungan, menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).


WAO memaklumkan walaupun perkhidmatan perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga kekal tersedia ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia perlu terus diperkasa dan diperluaskan.

"Secara khususnya, kerajaan harus meningkatkan jumlah rumah perlindungan. WAO juga sedang menyediakan rumah perlindungan sementara, dan sudah ada permintaan yang sangat tinggi untuk perkhidmatan ini namun kebanyakan rumah perlindungan lain juga telah penuh.

"Bagi menangani keperluan mendesak bagi rumah perlindungan, kerajaan harus mewujudkan rumah perlindungan sementara di hotel atau asrama. Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan sektor swasta dalam menyediakan rumah perlindungan," menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

WAO memaklumkan bahawa akses kepada perlindungan buat mangsa keganasan rumah tangga adalah sangat kritikal dengan keadaan peningkatan kes pada masa ini.

"Rekod kami menunjukkan panggilan dan mesej kepada Hotline WAO berkaitan keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak meningkat secara drastik setiap minggu sepanjang PKP berkuat kuasa.

"Dalam minggu ketiga April, panggilan dan mesej kepada Hotline WAO meningkat empat kali ganda berbanding minggu-minggu biasa pada Februari, sebelum PKP dikuatkuasakan," menurut WAO.

WAO juga menasihati orang ramai yang sedang mengalami keganasan rumah tangga untuk terus menghubungi Hotline WAO di 03-7956 3488 atau melalui WhatsApp di 018-9888 058. 

WAO turut menjelaskan setakat ini mangsa keganasan rumah tangga boleh mengakses pelbagai makanisme perlindungan ketika PKPB iaitu melalui laporan polis, Perintah Perlindungan Interim, Perintah Perlindungan Kecemasan dan rawatan perubatan di 'One Stop Crisis Centre’ yang terdapat di hospital kerajaan.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers