TERBARU!!! Sekatan jalan raya dikurangkan, polis tumpu pertingkat rondaan jenayah. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Sekatan jalan raya dikurangkan, polis tumpu pertingkat rondaan jenayah. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini bukan sahaja membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula sebaliknya turut menyaksikan sekatan jalan raya dikurangkan.
Walaupun sekatan jalan raya dikurangkan, ini tidak bermakna Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang enteng terhadap penguatkuasaan PKPB kerana individu yang ingkar terhadap peraturan sepanjang tempoh PKPB masih boleh dikenakan tindakan undang-undang sebagaimana PKP sebelum ini.
Dengan pelaksanaan PKPB, PDRM akan membuat penstrukturan semula pengoperasian sekatan jalan raya dengan sekatan hanya dilakukan di lokasi tertentu selain tumpuan adalah kepada pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) selain operasi pencegahan jenayah dan kawalan sempadan.
Tinjauan Bernama di seluruh negara mendapati sekatan jalan raya memang telah dikurangkan dengan kenderaan mula memenuhi jalan, terutama di ibu negara dan ibu negeri, berikutan kebenaran untuk sektor perniagaan serta pengangkutan beroperasi mulai hari ini. Namun pergerakan kenderaan dilihat lancar.
Di Kelantan, Ketua Polis Negeri Datuk Hasanuddin Hassan sebelum ini menetapkan sebanyak 36 lokasi sekatan jalan raya namun setelah PKPB berkuat kuasa, sekatan dikurangkan kepada 19 sahaja dengan anggota yang sebelum ini bertugas dalam sekatan jalan raya melaksanakan tugasan ronda cegah jenayah pula.
Perkara sama turut dilaksanakan di Terengganu dengan jumlah sekatan jalan raya di negeri itu berkurangan kepada 20 berbanding 49 sebelum ini, dan polis kini lebih memberikan tumpuan memperketat kawalan dan pemantauan di kawasan tumpuan awam bagi memastikan SOP keselamatan seperti jarakan sosial diamalkan.
Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata pihaknya terus memperketat kawalan di setiap pintu sempadan negeri termasuk ‘lorong-lorong tikus’ dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus bagi mengelak wujudnya kluster COVID-19 dari luar Terengganu.
“Saya telah arahkan petugas untuk membuat pemeriksaan yang cukup ketat dan rapi. Sekiranya tidak mempunyai sebarang surat atau tujuan yang kukuh, orang dari luar tidak boleh masuk ke Terengganu supaya tidak ada kluster import baharu,” katanya.
Bagi Pulau Pinang, Ketua Polis negeri Datuk Sahabudin Abd Manan berkata sekatan jalan raya dikurangkan dari 44 kepada 24 dengan tumpuan di kawasan sempadan bagi memastikan orang ramai tidak melakukan perjalanan rentas negeri tanpa sebab atau alasan kukuh.
Polis Selangor turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan amalan jarakan sosial dalam kalangan masyarakat semasa pelaksanaan PKPB.
Jurucakap Khas Op COVID-19 Polis Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata pasukan keselamatan itu akan mempergiat rondaan dan pemeriksaan terutama di lokasi tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah, pasar raya dan tempat rekreasi serta kilang.
Polis Kuala Lumpur pula telah menubuhkan pasukan pemantau bagi memastikan SOP Kementerian Kesihatan terutama amalan jarakan sosial sentiasa diutamakan masyarakat.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pasukannya akan memantau masyarakat sepanjang pelaksanaan PKPB yang bermula hari ini dan akan bertindak memberi nasihat serta amaran kepada orang ramai di kawasan tumpuan supaya masyarakat tidak berkumpul.
Di Johor pula, Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya sudah mempersiapkan pasukan pemantauan bagi menggiatkan rondaan khususnya dalam memastikan pihak industri dan sektor yang dibenarkan beroperasi mematuhi SOP ditetapkan.
“Kita juga akan memindahkan anggota yang terlibat dengan sekatan jalan raya ke daerah-daerah yang ada pesisiran pantai bagi memantau aktiviti penyeludupan migran di bawah Op Pintas Bersepadu Selatan,” katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.