TERBARU!!! Ramai tampil buat laporan polis selepas Long Tiger ditahan - Ayob Khan. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! Ramai tampil buat laporan polis selepas Long Tiger ditahan - Ayob Khan. Ramai yang tampil membuat laporan polis terhadap Long Tiger selepas lelaki Rohingya itu ditahan dan direman sehingga esok berhubung kes pemerasan, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

TERBARU!!! Ramai tampil buat laporan polis selepas Long Tiger ditahan - Ayob Khan. Ramai yang tampil membuat laporan polis terhadap Long Tiger selepas lelaki Rohingya itu ditahan dan direman sehingga esok berhubung kes pemerasan, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.


Beliau berkata terdapat beberapa lagi laporan polis dibuat orang awam di beberapa negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur, berhubung kesalahan lepas yang didakwa dilakukan lelaki itu.

“Apabila dia ditangkap dan direman, ramai orang awam tampil membuat laporan ke atasnya, mungkin sebelum ini orang takut hendak buat laporan, takut ada tindak balas daripada Long Tiger,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, Ayob Khan menerusi kenyataan mengesahkan Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 34, ditahan semula oleh polis pada Sabtu, selepas dibebaskan daripada tahanan reman yang membabitkan siasatan kes fitnah terhadap seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Long Tiger menjadi bualan warganet akhir-akhir ini kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.

Ayob Khan berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap ‘Long Tiger’.

Berhubung seorang koperal polis bertugas di IPD Muar yang disiasat kerana dipercayai merakam gambar dan menyebarkan video penahanan Long Tiger,  beliau berkata kertas siasatan terhadapnya juga sedang disiapkan.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini, berhubung kes tempahan cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor oleh personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok.

“Kertas siasatan terhadap kes yang disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tindak Wajar) Johor 2017 sudah siap, kita tunggu DPP (Timbalan Pendakwa Raya) sama ada dituduh (Wak Doyok) atau tidak,” katanya. 

Pada 30 April lepas, Ayob Khan mengesahkan Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir di IPD Iskandar Puteri bagi direkodkan keterangan selepas polis menerima laporan dibuat Kerajaan Negeri Johor pada 28 April.

Wak Doyok dilaporkan sudah memohon maaf kepada keluarga diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim apabila dia menempah cincin menggunakan lambang peribadi Sultan Johor berkenaan.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers