TERBARU!!! COVID-19: Thailand sahkan 18 kes baharu, kematian sifar. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! COVID-19: Thailand sahkan 18 kes baharu, kematian sifar. Thailand melaporkan 18 kes baharu COVID-19 yang kesemuanya melibatkan pendatang yang di tahan di Pusat Tahanan Imigresen di wilayah selatan Songkhla dengan kematian sifar, menjadikan keseluruhan kes sebanyak 2,987 manakala jumlah kematian kekal 54.

TERBARU!!! COVID-19: Thailand sahkan 18 kes baharu, kematian sifar. Thailand melaporkan 18 kes baharu COVID-19 yang kesemuanya melibatkan pendatang yang di tahan di Pusat Tahanan Imigresen di wilayah selatan Songkhla dengan kematian sifar, menjadikan keseluruhan kes sebanyak 2,987 manakala jumlah kematian kekal 54.


Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA)  Thaweesilp Wissanuyothin  berkata kes baharu itu melibatkan 17 wanita berumur antara 13 dan 22 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang di tahan di Pusat Tahanan Imigresen Sadao.

Pada 25 April lepas beliau berkata seramai 42 pendatang termasuk dua rakyat Malaysia dari pusat tahanan itu disahkan positif COVID-19.

“Sebanyak 60 kes positif dikesan di pusat tahanan itu,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini, hari ini.

Berhubung laporan 40 kes positif COVID-19 di Yala, selatan Thailand, Thaweesilp berkata semua sampel telah disahkan negatif selepas ujian kedua di Jabatan Sains Perubatan Songkhla, semalam.

“Ujian ketiga akan dilakukan di Bangkok untuk pengesahan. Keputusan dijangka diperolehi dalam tempoh beberapa hari,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 126 kes positif COVID-19 dilaporkan di Yala.

Sementara itu, pegawai perubatan di Yala memperhebatkan lagi saringan terhadap penduduk kampung terutama pekerja yang pulang dari Malaysia.

Bangkok Post melaporkan pegawai kesihatan ke kampung-kampung di Bannang Sata untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai jadual ujian calitan untuk COVID-19.

"Ujian akan dilakukan selepas berbuka puasa," kata Ketua Kesihatan Awam Yala Songkran Maichum.

-- BERNAMA 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers