TERBARU!!! Cederakan isteri hingga patah tangan, peniaga dipenjara tiga hari, denda RM3,000. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Cederakan isteri hingga patah tangan, peniaga dipenjara tiga hari, denda RM3,000. Seorang peniaga dihukum penjara tiga hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan isterinya sehingga patah tangan kanan.
Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Sadruddin Saidfudin, 35, mengaku bersalah dan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai hari ini.
Tertuduh berdepan hukuman penjara empat minggu jika gagal membayar denda.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya yang berumur 35 tahun di sebuah rumah di Taman Azalea, Kampung Sungai Penchala 1 di sini pada 9.15 malam 29 April lepas mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahann.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal manakala peguam Ernie Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang mewakili tertuduh, merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya kesal dan insaf dengan perbuatannya.
"Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia meminta untuk diberi peluang kedua. Anak guam saya telah memohon maaf kepada pengadu (isteri) dan mereka telah berbaik," kata peguam itu.
Di Mahkamah Majistret berasingan, bekas pelayan restoran Gan Choon Wee, 51, dihukum penjara sehari dan denda RM500 kerana mencuri empat botol Nescafe dan lima paket minuman sama, yang keseluruhannya berharga RM265.35.
Majistret Mohamed Fared Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu selepas Gan mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Cold Storage Suria KLCC di sini pada 2 petang 28 April lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kali kedua hendaklah dihukum penjara dengan denda atau sebat.
Mahkamah memerintahkan Gan menjalani hukuman penjara mulai hari ini dan jika gagal membayar denda, dia berdepan hukuman penjara 14 hari.
Ketika ditanya Mohamed Fared sebab dia mencuri barangan itu, tertuduh yang kini tidak bekerja berkata dia melakukannya kerana desakan hidup dan barangan yang dicuri adalah untuk kegunaan sendiri serta untuk dijual kepada kedai runcit.
“Saya menyesal tuan, saya mintak maaf, mohon hukuman denda,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.