TERBARU!!! PKPB: Melaka tidak benarkan aktiviti sukan, makan di premis. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! PKPB: Melaka tidak benarkan aktiviti sukan, makan di premis. Kerajaan negeri Melaka tidak membenarkan sebarang aktiviti sukan dan makan di premis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksana hari ini, kata Ketua Menterinya Datuk Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata sebaliknya, hanya industri pembuatan dibenarkan beroperasi dalam tempoh itu dan pengoperasinya perlu mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
"Kerajaan negeri Melaka mematuhi apa sahaja yang telah dikeluarkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bagi pelaksanaan PKPB tetapi ianya mestilah bersesuaian dengan acuan dan kehendak negeri itu sendiri iaitu bagaimana kelonggaran itu boleh dilaksanakan.
"Justeru, kita hanya menetapkan industri pembuatan sahaja dibenarkan beroperasi iaitu 24 jam berbanding 12 jam pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala aktiviti ekonomi atau sosial lain tidak dibenarkan buat masa ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dilakukan bertujuan mengelak lebih ramai pekerja hilang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan ekoran kerugian yang ditanggung pihak kilang dalan tempoh PKP sebelum ini.
Pengoperasian sektor ekonomi termasuk peruncitan dan sosial lain sedang diperhalusi dan ia akan diputuskan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 hari ini dan diumumkan sehari dua lagi.
Sulaiman berkata keputusan tepat perlu dilakukan termasuk mengambil kira perkembangan semasa kes positif COVID-19 di Melaka selain seluruh negara yang menunjukkan trend peningkatan.
"Sekiranya kita membenarkan operasi kedai makan khususnya pelanggan makan di kedai, berlaku peningkatan kes positif COVID 19, apakah pelan kontingensi yang akan kita laksanakan.
"Sekiranya sektor ekonomi lain dibenarkan, kita perlu melihat aspek penguatkuasaan yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 khususnya dari segi SOP dan tiada toleransi dalam isu ini," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.