TERBARU!!! Gangguan bekalan air di Bandar Bukit Puchong dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Gangguan bekalan air di Bandar Bukit Puchong dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini. Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Bandar Bukit Puchong di Wilayah Sepang dan Petaling berikutan paip pecah di pintu masuk Apartment Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong 2 dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bagaimanapun bekalan air ke Apartment Baiduri Court masih terganggu berikutan kerja pembaikan paip sambungan ke apartment itu masih giat dijalankan dan dijangka siap pada 6 pagi esok.
"Sehingga 6 petang hari ini, bekalan air telah mula disalurkan kepada pengguna di kawasan Bandar Bukit Puchong 1 hingga 9 di Wilayah Petaling, dan Bandar Bukit Puchong 10 hingga 17 di Wilayah Sepang secara berperingkat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Air Selangor telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bekalan air secara alternatif melalui lori tangki terus ke tangki sedut Apartment Baiduri Court dan seterusnya dapat diagihkan kepada pengguna.
Menurutnya, Air Selangor akan terus menyalurkan status terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.