TERBARU!!! Pemilik premis perniagaan tidak remehkan PKPB. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! Pemilik premis perniagaan tidak remehkan PKPB. Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini, ia bukanlah alasan untuk pemilik premis perniagaan mengetepikan langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. 

TERBARU!!! Pemilik premis perniagaan tidak remehkan PKPB. Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini, ia bukanlah alasan untuk pemilik premis perniagaan mengetepikan langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.


Berdasarkan tinjauan Bernama di sekitar Majlis Bandaraya Seremban, terdapat premis perniagaan yang mengambil inisiatif untuk merekodkan kehadiran pelanggan merangkumi nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, mengambil suhu badan serta memastikan setiap pelanggan memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis mereka.

Sedangkan prosedur operasi standard (SOP) merekodkan kehadiran pelanggan itu ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi restoran dan kedai makan.

Pekerja kedai karpet dan langsir, Mohd Husin Badullah, 41, berkata sehari sebelum premis dibuka, majikannya telah memberikan penerangan kepada pekerja berkaitan tatacara menerima pelanggan.

“Kami diminta agar sentiasa mengamalkan jarak sosial ketika bekerja begitu juga dengan para pelanggan dan kami perlu mengambil butir-butir setiap pelanggan yang masuk ke kedai seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

“Bukan itu sahaja, setiap pelanggan juga diminta menggunakan cecair pembasmi kuman yang kita telah sediakan di kedai sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan ancaman COVID-19 belum berakhir,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini. 

Selain itu, tinjauan di sebuah pusat beli-belah di sini, mendapati langkah yang sama turut diambil pihak mereka dengan meminta pelanggan mencatatkan butir-butir peribadi.

Sebelum itu, pelanggan diminta untuk beratur dengan jarak satu meter dan merekodkan suhu badan mereka.

Pada 1 Mei, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai hari ini tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan.

Antara inti pati PKPB ialah restoran dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP perniagaan iaitu penjarakan sosial serta mencatat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh kehadiran mereka.

Bagaimanapun, kerajaan Negeri Sembilan semalam memutuskan bahawa orang ramai masih tidak dibenarkan makan di restoran, kedai makan dan premis makan berlesen beroperasi dalam tempoh PKP fasa keempat yang berkuat kuasa sejak 29 April lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kaedah pembelian yang dibenarkan adalah secara dibawa pulang, perkhidmatan penghantaran dan pandu lalu sahaja dan syarat ini turut terpakai untuk semua trak makanan.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers