TERBARU!!! Orang ramai mula keluar selesaikan urusan tertangguh. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Orang ramai mula keluar selesaikan urusan tertangguh. Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula hari ini digunakan orang ramai untuk keluar rumah menyelesaikan urusan-urusan penting yang tertangguh sebelum ini.
Di pusat bandar, agak banyak kenderaan kelihatan di atas jalan berbanding PKP sebelum ini. Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di ibu kota mendapati sesetengah orang memilih untuk keluar dan menyelesaikan perkara seperti urusan bank dan memperbaharui cukai jalan.
Syaezah Omar, 34, pergi ke Bank Islam cawangan Sri Gombak bagi mendepositkan cek gajinya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
"Saya mahu segera depositkan duit gaji ini kerana ingin membeli keperluan harian kami sekeluarga. Jika duit sudah ada dalam bank, senang untuk saya membeli-belah," katanya.
Syaezah yang keluar buat kali pertama secara bersendirian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas mengakui perasaan takut masih bermain di fikirannya namun beliau harus menyesuaikan diri dengan normal baharu.
"Perasaan takut memang ada, tapi saya harus mendepani normal baharu ini dengan lebih tenang. Tiap kali keluar rumah, saya akan berpesan kepada keluarga dan diri sendiri untuk sentiasa berhati-hati serta memakai penutup hidung dan mulut dan membawa pensanitasi tangan," kata guru agama di Sekolah Kafa An-Nasihin, Selayang.
Berdasarkan pemerhatian Bernama juga, Bank Islam cawangan itu juga mengambil langkah keselamatan dengan melakukan saringan kesihatan iaitu memeriksa suhu badan, memastikan jarak sosial selain orang ramai diminta menggunakan pensanitasi tangan sejurus masuk dan keluar bank.
Pada hari minggu, Bank Islam beroperasi pada pukul 9.30 pagi hingga 3 petang manakala mesin ATM bank itu pula beroperasi setiap hari pada waktu terhad iaitu dari 8 pagi hingga 8 malam.
Sementara itu, di Pusat Transformasi Bandar Mini (Mini UTC) Sentul, kebanyakan pejabat kerajaan tidak dibuka dan hanya klinik kesihatan dan kedai runcit sahaja beroperasi.
Wartawan berkesempatan berjumpa seorang daripada pengunjung yang berada di kawasan itu, Chan Wai Hoong, 29, yang hadir untuk menyelesaikan beberapa urusan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan UTC Sentul.
"Saya datang sini kerana ingin pergi pejabat JPJ dan memperbaharui cukai jalan saya. Ingatkan semua buka, rupanya tidak buka lagi. Saya sudah buat insurans dalam talian di Maybank Etiqa Insurance, ingatkan Pos Malaysia akan hantar. Saya tidak terima lagi, jadi saya ke sini sebab takut kena tahan polis nanti," katanya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja Jumaat lepas, berkata kerajaan akan melaksanakan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai hari ini, namun ia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ketat.
Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa tapak pembinaan di ibu kota mendapati pemaju dan kontraktor masih belum memulakan operasi.
Seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Saifuddin Othman ketika dihubungi berkata ketika ini pekerja termasuk pekerja asing masih tidak dibenarkan masuk bekerja dalam tapak pembinaan kerana majikan perlu meneliti garis panduan dan arahan baharu yang ditetapkan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, beliau berkata kontraktor dan subkontraktor telahpun diarahkan untuk melakukan operasi nyah kuman dan sanitasi di pejabat, kenderaan, tapak pembinaan dan menyediakan inventori kesihatan setiap pekerja.
“Projek pembinaan sudah lama ditinggalkan, lebih 40 hari, jadi hanya penyelia tapak dibenarkan masuk untuk melakukan pemeriksaan keselamatan seperti menilai kerosakan tertentu jika ada, memastikan mesin dan alatan pembinaan dalam keadaan baik. Jadi aspek ini antara yang diberi keutamaan dahulu kerana khuatir jika tidak membuat semakan ia akan membahayakan pekerja bangunan nanti,” katanya yang bekerja bagi pembinaan bangunan kerajaan.
Saifuddin berkata selain itu, pihaknya juga perlu melakukan ujian saringan kesihatan termasuk ujian COVID-19 terhadap semua pekerja bagi mengelak sebarang kluster atau jangkitan baharu di tempat kerja.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.