TERBARU!!! PKPB:Peniaga di Kompleks PKNS masih sibuk urus pembukaan premis. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! PKPB:Peniaga di Kompleks PKNS masih sibuk urus pembukaan premis. Mulai hari ini beberapa sektor ekonomi dibenar beroperasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun peniaga dilihat memilih untuk hanya membuka perniagaan mereka selepas semua langkah persediaan selesai dilakukan.

TERBARU!!! PKPB:Peniaga di Kompleks PKNS masih sibuk urus pembukaan premis. Mulai hari ini beberapa sektor ekonomi dibenar beroperasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun peniaga dilihat memilih untuk hanya membuka perniagaan mereka selepas semua langkah persediaan selesai dilakukan.


Tinjauan Bernama di beberapa premis perniagaan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, yang terkenal dengan kemeriahan menjelang perayaan Aidilfitri mendapati, rata-rata peniaga masih sibuk mengemas premis masing-masing.

Selain mencuci premis yang ditutup lebih sebulan lepas, peniaga di kompleks berkenaan juga giat memasang pelekat di lantai kedai masing-masing sebagai usaha untuk memastikan pengunjung mematuhi jarak sosial ketika berurusan di premis mereka.

Beberapa pemilik premis dan pekerja yang ditemui di Kompleks PKNS memberitahu, mereka hanya dibenarkan untuk mula beroperasi pada Rabu ini.

Bagi pemilik premis menjual pakaian di kompleks berkenaan, Aisah Muhamat Alias berkata hari ini dan esok, beliau akan menumpukan untuk mencuci dan mengemas kedainya sebelum mula beroperasi.

Aisah berkata pengunjung juga akan dipastikan untuk sentiasa mematuhi amalan jarak sosial dan menggunakan cecair pensanitasi tangan selain hanya membenarkan tiga pengunjung berada di dalam kedai pada satu-satu masa.

Pemilik kedai bunga di kompleks sama, Robiah Ismail pula memberitahu kedainya hanya akan beroperasi pada 14 Mei ini kerana tidak mahu mengambil risiko membuka perniagaan terlalu awal bagi memastikan penularan wabak itu dapat dikawal sepenuhnya.

“Saya juga mengupah syarikat swasta untuk melakukan kerja-kerja sanitasi di kedai saya terlebih dahulu," katanya yang telah berniaga hampir 30 tahun di kompleks perniagaan berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di beberapa projek pembinaan di sekitar bandar raya Shah Alam mendapati kerja-kerja bagi sektor tersebut masih belum dimulakan.

Tinjauan di premis yang menjual barangan keperluan harian pula mendapati, orang ramai masih mematuhi arahan jarakan sosial dengan beratur menunggu giliran masing-masing untuk membeli dan membayar barangan mereka.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers