TERBARU!!! G3PNS ambil inisiatif guna Facebook bantu IKS pasarkan produk. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! G3PNS ambil inisiatif guna Facebook bantu IKS pasarkan produk. Dalam usaha membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk terus beroperasi ketika negara berdepan ancaman virus COVID-19, Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS) baru-baru ini mengambil inisiatif melancarkan laman rasmi Facebook E-Pasar & Bazaar.
Presidennya, Datuk Noortaip Suhaili berkata laman Facebook itu menghimpunkan usahawan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berada di bawah G3PNS.
Beliau berkata laman itu membolehkan usahawan IKS mikro yang sebelum ini berniaga dari rumah, pasar dan pasar tani, menjual produk masing-masing secara dalam talian.
“Setakat ini, lebih 700 usahawan PKS telah mendaftar di E-Pasar & Bazaar manakala lebih 5,000 yang berdaftar dengan G3PNS adalah dari daerah dan daerah kecil di Sabah termasuk Tuaran, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya kepada Bernama.
Noortaip, yang juga Presiden Majlis Permuafakatan Usahawan Negeri Sabah (MPUNS), berkata semua peniaga akan dipantau dan jika didapati ada dalam kalangan peniaga itu yang bermasalah, mereka akan disenarai hitam serta tidak dibenarkan mengiklan produk dalam laman Facebook G3PNS.
Selain itu, setiap penghantar barang dinasihatkan menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka.
Seiring dengan program E-Pasar & Bazaar, G3PNS juga bakal menyediakan platform proses pengilangan dan rangkaian pemasaran di sebuah kompleks IKS di Tuaran.
Kompleks dua tingkat di tanah seluas lima ekar itu kini dalam proses pengubahsuaian dan naik taraf.
Seorang peniaga, Dinawati Karim, 39, berkata melalui laman Facebook itu beliau dapat meneruskan perniagaannya menjual kuih-muih tempatan meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana masih ada permintaan daripada pelanggan.
Beliau yang berniaga dari rumah kini hanya menerima tempahan dari sekitar Tamparuli kerana perkhidmatan penghantaran di kawasan itu amat kurang ketika ini, selain berdepan kekangan pergerakan.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.