TERBARU!!! COVID-19: Malaysia turut nikmati manfaat pakej 'Team Europe'. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! COVID-19: Malaysia turut nikmati manfaat pakej 'Team Europe'. Pakej "Team Europe" Kesatuan Eropah (EU), bernilai lebih €20 bilion untuk menyokong negara rakan dalam memerangi COVID-19, turut memberi manfaat kepada golongan memerlukan di Malaysia, kata Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Maria Castillo Fernandez.

TERBARU!!! COVID-19: Malaysia turut nikmati manfaat pakej 'Team Europe'. Pakej "Team Europe" Kesatuan Eropah (EU), bernilai lebih €20 bilion untuk menyokong negara rakan dalam memerangi COVID-19, turut memberi manfaat kepada golongan memerlukan di Malaysia, kata Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Maria Castillo Fernandez.


Beliau berkata di Malaysia, Team Europe membantu menyediakan makanan, air atau penjagaan kesihatan asas antaranya kepada golongan miskin bandar, pekerja migran, komuniti orang asli, pelarian, orang tanpa kewarganegaraan dan wanita, kanak-kanak serta orang kurang upaya.

Pakej itu dilancarkan pada 8 April, antara lain bertujuan menumpukan kepada golongan paling berisiko di Afrika, negara jiran EU, Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia dan Pasifik, Amerika Latin dan Caribbean.

Sementara itu, Fernandez berkata di bawah Inisiatif Spotlight, EU dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutamakan aktiviti mencegah keganasan rumah tangga di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

"Lebih 14 juta euro dikhaskan untuk usaha ini," katanya kepada Bernama sambil menambah wabak COVID-19 meningkatkan risiko keganasan terhadap wanita dan remaja perempuan. 

Selain itu, kata Fernandez, negara anggota juga saling membantu antara satu sama lain dalam menghadapi saat mencabar ini.

Denmark misalnya menghantar alat bantuan pernafasan dan hospital bergerak ke Itali, antara negara yang paling teruk terjejas sementara Romania menghantar pasukan doktor serta jururawat. 

Fernandez menambah EU akan mengadakan persidangan dalam talian pada 4 Mei untuk mereka yang berhasrat membiayai penghasilan vaksin COVID-19, dengan bekerjasama rapat besama Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers