TERBARU!!! COVID-19: Kluster baharu Taman BDC di Kuching berkaitan kes indeks Sri Petaling. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! COVID-19: Kluster baharu Taman BDC di Kuching berkaitan kes indeks Sri Petaling. Satu kluster baharu iaitu kluster Taman BDC di Kuching, Sarawak telah dikenal pasti dengan sejumlah 37 kes jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

TERBARU!!! COVID-19: Kluster baharu Taman BDC di Kuching berkaitan kes indeks Sri Petaling. Satu kluster baharu iaitu kluster Taman BDC di Kuching, Sarawak telah dikenal pasti dengan sejumlah 37 kes jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata kluster itu berkait dengan kes indeks daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

"(Kluster) Ini juga melibatkan perhimpunan tabligh iaitu kes indeks dan telah menjangkiti keluarga, ahli-ahli masjid serta rakan sekerja iaitu melibatkan tiga generasi," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Ditanya sama ada kewujudan kluster baharu itu ada kaitan dengan kes COVID-19 tidak bergejala, beliau tidak menjelaskan secara terperinci namun mengakui kes tidak bergejala memang wujud di negara ini namun peratusannya masih kecil.

Sebagai contoh, Dr Noor Hisham berkata daripada saringan yang dibuat ke atas 5,164 pesakit yang tidak bergejala, hanya lima kes atau 0.1 peratus didapati positif COVID-19. 

“Kalau kita lihat kes-kes tidak bergejala sama ada mereka boleh menjangkiti ataupun tidak, mungkin kes-kes tidak bergejala ini jumlah atau kuantiti virus tersebut masih berkurangan dalam badan dan mungkin tak menjangkiti.

“Tetapi didapati sehari atau dua hari sebelum mereka dapat gejala, masa itulah virus yang 'duduk' di badan mereka itu tinggi dan boleh menjangkiti, jadi sekiranya mereka bergejala digalakkan terus datang untuk laksana ujian dan saringan untuk pastikan mereka bebas atau dikesan COVID-19,” katanya.

Mengulas laporan kluster COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), beliau berkata Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang merekodkan 21 kes positif baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 160 kes setakat ini.

Bagi lokaliti PKPD di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Kuala Lumpur, masing-masing mencatatkan dua dan satu kes baharu dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 177 kes (Selangor Mansion) dan 13 kes (Malayan Mansion), katanya.

Selain itu, mengenai perkembangan kluster COVID-19 yang aktif di Malaysia sehingga kini, Dr Noor Hisham berkata terdapat lima kluster yang mencatatkan kes positif baharu.

Ia melibatkan kluster Pasar Chow Kit dengan penambahan 16 kes; kluster Sendayan di Negeri Sembilan (lima kes); kluster Pesantren (tiga kes); kluster Kampung Baru di Kuala Lumpur (dua kes) dan kluster Madrasah Ayer Merbau, Melaka (satu kes).

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers