Setakat ini tiada laporan polis dibuat atau tidak berhubung tindakannya (Nurul Izzah), tetapi polis berhak memanggilnya jika ada keperluan. |
Kerajaan berhak mengetahui sebab pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram kerana ia berkaitan isu keselamatan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak memerlukan laporan untuk memanggil Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung pertemuan dengan musuh negara.
“Kita semua sedia maklum Jamalul Kiram III merupakan orang yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, jadi kita ingin tahu juga apa sebab dia (Nurul Izzah) pergi berjumpa Jacel, anak perempuan Jamalul.
“Setakat ini saya tidak dimaklumkan ada laporan polis dibuat atau tidak berhubung tindakannya (Nurul Izzah) tetapi kita tidak memerlukan laporan polis, jika kita rasa perlu memanggilnya, kita akan panggil,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tindakan Nurul Izzah menemui Jacel yang bapanya mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
Khalid berkata PDRM juga akan memantau perkembangan hasil pertemuan antara kedua-dua pihak tersebut.
Pada 9 November yang lalu, Jacel memuat naik empat gambar dalam akaun facebooknya yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah.
Nurul Izzah pula mengakui bertemu dengan Jacel apabila berada di Filipina bersama Anggota Parlimen Batu Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.