Anina utus ucapan kepada Obama

Anina utus ucapan kepada Obama
Dalam status yang dimuatnaik, Anina berdoa supaya sepanjang Obama berada di sini (Malaysia), beliau tidak akan membawa pulang apa-apa milik rakyat Malaysia.

Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin mengutus satu ucapan ringkas kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang mengadakan lawatan rangka tiga hari ke Malaysia pada Jumaat.

Ucapannya itu disampaikan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Sebelum berucap, Anina bagaimanapun mengenang pesanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpesan supaya berhati-hati dengan niat seseorang apabila menghadiakan kita sesuatu.

Seterusnya Anina dalam mesej ucapan yang mengalukan kedatangan Obama turut memuji senyuman Presiden itu yang sangat menawan.

Namun beliau juga mahu Obama sedar, senyuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi menawan seperti dahulu, malah beliau juga turut kesal bahawa rakyat Malaysia juga tidak dapat bersenyum lagi.

“Anda mempunyai senyuman yang menawan. Tetapi, saya perlu memberitahu anda bahawa rakyat Malaysia tidak boleh senyum seperti dahulu lagi. Malah, Perdana Menteri kami juga nampaknya tidak mempunyai senyuman yang menawan itu lagi. Bolehkah anda bertanya sebabnya kepada beliau?

“Kami tidak boleh bertemu dengan anda secara peribadi, tetapi kami berdoa supaya sepanjang anda berada di sini, anda tidak akan membawa pulang apa-apa milik kami,” katanya.

Dalam satu temubual dengan FMT, Anina secara lanjut menjelaskan beliau mahu Obama ketahui rakyat Malaysia tidak terpesona dengan perjanjian PerkongsianTrans Pasifik (TPPA) atau sebarang perjanjian (yang kononnya menjanjikan pelbagai kebaikan untuk rakyat negara ini.

“Rakyat negara ini hanya mahu hidup dalam tenang memelihara kedaulatan negara dalam kasih sayang antara kaum,” katanya lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers