AMK dakwa BN sensasi gambar Nurul Izzah-Jacel

AMK dakwa BN sensasi gambar Nurul Izzah-Jacel
AMK mendakwa penyebaran gambar foto itu sengaja dilakukan untuk mengalih isu sebenar yang mengecam hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar

Pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan waris Sultan Sulu, Jacel Kiram telah diatur pihak ketiga.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan kunjungan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu hanya bertujuan untuk menemui beberapa pemimpin masyarakat yang menyatakan sokongan kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada dalam penjara.

“Beliau berada di Filipina untuk bertemu dengan beberapa pimpinan masyarakat, yang mana ramai di antara mereka telah menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, yang telah dipenjarakan secara tidak adil, satu tindakan yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa-termasuklah Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Working Group on Arbitrary Detention) yang membuat deklrasi bahawa Anwar mangsa penahanan arbitrary, ” katanya menerusi satu kenyataan media.

Nik Nazmi juga menyampaikan kekecewaan apabila sekeping gambar yang menunjukkan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram telah disensasi sehingga menenggelamkan tujuan kunjungannya ke Manila.
Jelasnya, ia sengaja dibuat untuk mengalih isu yang sebenar.

“Barisan Nasional tidak seharusnya lari daripada perkara ini dan bagaikan sengaja hendak mengalihkan perhatian daripada deklarasi UN yang dinyatakan tadi,” petik kenyataan itu.

Tegas Nik Nazmi lagi, PKR dan rakan-rakan pembangkang antara yang paling lantang untuk mengecam pencerobohan Lahad Datu dan mempersoal tindakan kerajaan yang dikatakan tidak berjaya menangani masalah itu dengan teratur dan baik.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers