Anina desak TPPA dibentang di Parlimen

Anina desak TPPA dibentang di Parlimen
Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili 30 juta rakyat Malaysia, Najib sepatutnya menghormati ahli-ahli Parlimen di Malaysia dan membawa perkara tersebut ke Parlimen sebelum dipersetujui oleh negara.

Kedaulatan Malaysia berada di tangan lebih 30 juta rakyatnya dan bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang.

Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin dalam satu temubual dengan FMT mendesak Najib supaya membawa dan membentangkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) di Parlimen.

“Perjanjian tersebut perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu dan dibincangkan oleh ahli-ahli Parlimen.

“Saya ingin menegaskan bahawa kedaulatan Malaysia terletak bukan di tangan perdana menteri tetapi di tangan lebih 30 juta rakyat Malaysia.

“Jadi sebagai ahli Parlimen yang mewakili 30 juta rakyat Malaysia, beliau sepatutnya menghormati ahli-ahli Parlimen di Malaysia dan membawa perkara tersebut ke Parlimen sebelum dipersetujui oleh negara,” katanya.




Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers