Datuk Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan dan menyelar tindakan mereka yang tidak menyebar fitnah di Whatsapp |
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan berita palsu kononnya beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ia disebarkan di kalangan media melalui Whatsapp sejak Khamis, mengenai satu sidang media yang diadakan di Bukit Aman, selepas solat Jumaat.
“Orang yang sebarkan berita palsu (dalam aplikasi WhatsApp) itu sengaja berbuat demikian untuk buy time (lengahkan masa).
“Ia satu taktik mengalih tumpuan buat sementara untuk beri masa bagi usaha memujuk saya agar tutup mulut dari isu sebenar,” katanya yang dipetik daripada Astro Awani.
Dalam WhatsApp berkenaan Abdul Hamid dikatakan akan membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Apa dosa Tun Mahathir kepada saya sehingga tergamak saya hendak memfitnah beliau?
“Terperosoklah saya dalam neraka jahanam selama-lamanya jika saya lakukan dosa besar ini. Menangis roh ibu bapa saya dalam kubur,” katanya.
Beliau juga menganggap pihak yang menyebarkan berita palsu itu sebagai tidak beribu bapa kerana tidak diajar menjadi insan yang jujur.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.