Polis Perancis mula siasat 1MDB – Khairuddin

Polis Perancis mula siasat 1MDB – Khairuddin
Polis telah menghantar laporan dan rakaman
kenyataan yang dibuat pada Julai lalu kepada Majistret.

Pasukan penyiasat polis Perancis dikatakan telah mula bertindak terhadap laporan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan itu dibuat oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan.

Katanya, polis di Lyon telah memaklumkan kepadanya melalui email bahawa mereka telah menghantar laporan dan rakaman kenyataan yang dibuatnya pada Julai lalu kepada Majistret.

Katanya, pegawai penyiasat kes itu, Regis Donelle telah mengesahkan laporan polis yang dibuatnya telah dihantar kepada Jabatan Siasatan Komersil.

“Polis Perancis juga bakal memaklumkan mengenai kes ini ke pihak Interpol,” katanya menerusi status terbaru di Facebook.

Dalam pada itu, Khairuddin mendakwa keluhuran undang-undang di Malaysia sangat menyedihkan kerana pihak penguatkuasa dilihat tidak mahu bertindak secara proaktif dan telus.

Katanya, pelbagai strategi digunakan untuk melengahkan siasatan kes 1MDB.

Sebagai contoh, katanya, asas siasatan PDRM telah dipesongkan kepada siasatan ke atas Justo yang ditangkap di Thailand, Clare Brown, Editor Sarawak Report dan beberapa pegawai SPRM serta BNM (Bank Negara Malaysia) pula disoal siasat.

Khairuddin turut mempersoalkan keikhlasan kerajaan untuk menyiasat skandal 1MDB kerana keseluruhan rakyat di Malaysia sedang memerhati secara teliti perkembangan itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers