Tindakan Khairuddin tidak masuk akal

Tindakan Khairuddin tidak masuk akal
Rahman Dahlan mempersoalkan bidang kuasa
perundangan Switzerland ke atas negara ini.

Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menghantar dokumen yang didakwanya bukti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Peguam Negara Switzerland dianggap tidak masuk akal.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ia di luar bidang kuasa negara itu.

“Takkanlah bidang kuasa Switzerland melebihi Malaysia?, ia hanyalah tindakan tidak masuk akal, bagaimana kamu nak membawa peguam Switzerland masuk pula?

“Kalau macam itu kena jajahlah Malaysia,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan pelancaran Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan di Sunway Hotel pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Rahman Dahlan turut menyarankan bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan itu supaya tidak terlalu emosi sehingga meminta bantuan pihak luar untuk campur tangan.

Katanya, penilaian Peguam Negara berhubung isu 1MBD adalah berdasarkan fakta dan bukti.
Tempelaknya, tindakan tersebut tidak diyakini Khairuddin dan pembangkang, kerana Peguam Negara tidak mengikuti kehendak mereka.

“Malah jika Peguam Negara tidak menjaga hati dan perasaan pembangkang, mereka mengatakan Peguam Negara tidak menjalankan kerja.

“..Tapi kalau dia (Peguam Negara) ikut telunjuk pembangkang barulah Peguam Negara dianggap terbaik,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers