TMJ mendakwa insiden yang berlaku dalam pertemuan JDT dengan Perak telah diperbesar |
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh menolak mata pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sekiranya ia didapati bersalah melakukan kesalahan dalam kekecohan Liga Super, minggu lalu.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkata, Baginda akan akur dengan keputusan itu.
Katanya insiden yang berlaku dalam pertemuannya dengan Perak telah diperbesarkan wal hal ia turut berlaku di negeri lain dan tiada pula penolakan mata disyorkan.
“Kalau ianya terjadi di negeri lain, takde pun perkara ini diperbesar-besarkan. Oleh kerana ianya terjadi kepada pasukan Johor, satu Malaysia gempa bumi.
“Jadi nasihat saya kepada FAM, dengarlah suara-suara penyokong yang bersama-sama FAM ingin memajukan bola sepak tanah air.
“Saya dan penyokong Johor hanyalah pembunuh bola sepak dan tidak setaraf dengan penyokong-penyokong bola sepak sesetengah negeri yang telah berjaya memajukan bola sepak, “ katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.