Keputusan memanggil Duta China ke Wisma Putra dipersetujui Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri. |
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membidas pihak yang mendakwa beliau tidak mengikut protokol apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Wisma Putra.
Tmbalan Menteri Luar itu berkata, tindakannya memanggil Duta Besar China adalah amalan biasa yang dibuat mengikut protokol selepas mendapat persetujuan Menteri dan Perdana Menteri.
Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu menjadi ‘luar biasa’ dan dianggap tidak ‘berprotokol’ apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang ‘melompat’ dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.
“Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri.
“Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.
“Adalah malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Reezal Merican berkata, beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk menyelesaikan sesuatu isu secara baik.
“Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.