Jalan Alor dan sekitar bebas ancaman keganasan

Jalan Alor dan sekitar bebas ancaman keganasan
Pasukan perisik Malaysia bekerjasama rapat dengan perisik Amerika Syarikat
untuk memastikan negara ini bebas daripada ancaman keganasan.

Ancaman keganasan yang dikatakan akan berlaku di Jalan Alor berhampiran Bukit Bintang telah berjaya diselesaikan hasil kerjasama erat pasukan perisik Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan kawasan tersebut dan di sekitarnya selamat dikunjungi.

Beliau yakin tiada lagi ancaman keganasan di kawasan berkenaan kerana pihak berkuasa bersiap sedia mengawasi kawasan itu dan sekitarnya.

“Saya mengesahkan bahawa kawasan berkenaan (Jalan Alor) dan beberapa kawasan lain yang dikategorikan sebagai bahaya kini dalam pemerhatian ketat polis.

“Kami memberi keyakinan kepada orang ramai pihak polis telah bersiap siaga dan tidak ada sebarang ancaman keganasan,” katanya kepada media di Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan kali ke-10 pada Selasa.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan susulan kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.

Katanya, tiga yang ditahan itu terdiri daripada rakyat tempatan, Indonesia dan Syria.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers