Hishammuddin: Kenyataan Duta China tidak jejaskan negara

Hishammuddin: Kenyataan Duta China tidak jejaskan negara
Hubungan Malaysia-China tidak terjejas kerana
kerajaan akan menyelesaikan isu itu secara baik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kenyataan Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang tidak menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara.

Beliau berkata, jika kenyataan Dr Huang mengenai perhimpunan di Petaling Street boleh memberi kesan kepada keselamatan negara, sudah tentu beliau diberi tanggungjawab menyelesaikan isu itu.

“Jika dia (Dr Huang) melakukan perkara yang membawa masalah terhadap isu keselamatan dan pertahanan, tentunya isu itu akan diberikan kepada saya…Tetapi itu tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keamanan dan Perpaduan di Dewan Teater Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada Selasa.

Hishammuddin berkata, tindakan kerajaan memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Wisma Putra tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Beliau percaya kerajaan hanya meminta penjelasan dan beliau yakin pihak di Wisma Putra akan menyelesaikan isu itu dengan baik.

“Jadi saya percaya bahawa ia tidak begitu serius dan kenyataan itu tidak akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dan China,” katanya.

Pada masa sama, Hishamuddin berpandangan tindakan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memanggil Dr Huang ke Wisma Putra untuk meminta penjelasan adalah tidak salah.

Katanya, setiap menteri mempunyai perasanan masaing-masing dan setiap isu yang timbul itu perlulah diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

“Hubungan dua hala ini melibatkan pelbagai tahap. Saya macam Menteri Pertahanan juga ada hubungan dengan China. Apa yang penting sesuatu isu perlu diselesaikan,” jelasnya.

Hishamuddin turut meminta supaya kenyatan Dr Huang itu tidak perlu diperbesarkan.

Beliau berkata, banyak isu yang lebih besar dan boleh mendatangkan keburukan kepada negara perlu diselesaikan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers