Kementerian Pendidikan tidak membenarkan sekolah mengadakan aktiviti luar kelas pada musim jerebu. |
Kementerian Pendidikan tidak membenarkan pihak sekolah mengadakan sebarang aktiviti berkaitan kesukanan atau aktiviti luar kelas pada musim jerebu.
Timbalan Menteri Pendidikan ll, P.Kamalanathan meminta orang awam dan ibu bapa segera melaporkan kepada kementerian jika ada sekolah yang berbuat demikian.
“Sekolah tidak sepatutnya mengadakan atau menganjurkan sebarang aktiviti kesukanan atau terbuka (outdoor) pada musim jerebu. Jika ada sekolah yang berbuat demikian, ibu bapa atau orang awam boleh membuat laporan kepada kami,” katanya kepada FMT.
Gelombang kedua jerebu kembali di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak ekoran ribut taufan (cyclone) di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai Rabu lepas.
Beikutan itu, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan supaya sekolah di beberapa negeri ditutup pada Isnin (semalam) manakal sekolah di Johor dan Melaka ditutup pada Selasa.
Beliau memberi jaminan kementerian terus memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
“Kami akan terus memantau IPU untuk membolehkan pihak kementerian membuat keputusan terhadap operasi persekolahan,” katanya.
Mengenai kelas ganti persekolahan ekoran jerebu, Kamalanathan berkata ia adalah atas budi bicara sekolah itu sendiri.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.