Indonesia: Masalah jerebu bukan jenayah transnasional

Indonesia: Masalah jerebu bukan jenayah transnasional
Indonesia lebih memfokus kepada isu penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu.

Indonesia tidak akan membincangkan isu masalah jerebu dalam Persidangan Menteri-menteri Asean yang bermula pada Selasa.

Ketua Polis Negara Indonesia, Badrodin Haiti berkata, ini kerana masalah bukan salah satu daripada jenayah transnasional.

Sebaliknya, negara itu akan memfokuskan mengenai cara untuk mengerat kerjasama antara negara serantau selain lebih memfokus kepada isu penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu.

“Kebakaran hutan tidak menjadi satu agenda kerana ia bukan jenayah transnational, ” katanya kepada pemberita di di Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Transnational kali ke -10 di ibu negara.

Mengulas lanjut, Badrodin menjelaskan sehingga kini seramai 210 orang pesalah telah dibawa kemuka pengadilan kerana menyebabkan jerebu.

Menurutnya, jerebu berpunca daripada syarikat asing yang melabur ke negara itu tetapi menggunakan rakyat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja pembakaran hutan.

“Secara rasminya menggunakan nama orang Indonesia tapi secara sebetulnya guna saham orang asing.

“Kita sedang selidiki kerana biasanya pelabur-pelabur asing itu biasanya bukan menggunakan nama sendiri tapi atas nama orang Indonesia,” katanya yang kurang berpuas hati dengan laporan buruk media Singapura mengenai jerebu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers