Tindakan memanggil Duta Besar asing ke Wisma Putra merupakan amalan biasa selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961. |
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kecewa kerana tindakan beberapa Menteri Kabinet yang membuat kenyataan akhbar berkaitan isu Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.
Anifah berkata, beliau tidak pernah membatalkan arahan untuk memanggil Duta China ke Wisma Putra bagi mendapatkan penjelasan daripadanya berhubung kenyataan ketika lawatan ke Petaling Street baru-baru ini.
“Sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan Menteri-Menteri lain.
“Sebaliknya campur tangan mereka telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai. Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang di masa akan datang,” katanya menerusi kenyataan pada lewat malam tadi.
Menurut Anifah, tindakan memanggil Duta Besar asing ke Wisma Putra merupakan amalan biasa selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961.
“Saya ingin menjelaskan bahawa perkara memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra adalah merupakan satu amalan biasa. Ia bertujuan untuk meminta penjelasan tentang kenyataan yang dibuat oleh beliau ketika lawatan ke Petaling Street tempoh hari.
“Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataannya telah disalah tafsir atau sebaliknya.
“Sebagai sebuah negara berdaulat, kita juga perlu menyampaikan pendirian kita kepada China dengan jelas,” katanya.
Anifah berkata, beliau juga telah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanggil Duta Besar China hadir ke Wisma Putra bagi memberikan penjelasan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.