Mahkamah menolak permohonannya untuk menjalankan khidmat masyarakat selain mengekalkan keputusan melucutkan harta. |
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara setahun ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang didapati bersalah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, pada 2010.
Hakim Besar Malaya, Hakim Negara, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel bersama Hakim Ahmad Maarop, Jefrey Tan, Hasan Lah dan Datuk Ramly Ali, sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara memandangkan ia adalah hukuman yang paling tepat dengan kesalahan rasuah.
“Selaku seorang kakitangan awam dan Ketua Pegawai Eksekutif Negeri, dia telah menerima barangan berharga daripada seseorang,” kata Zukifli dalam penghakimannya.
Beliau juga menolak permohonan Dr Khir untuk menjalankan khidmat masyarakat kerana ia adalah satu-satunya pilihan di bawah Seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah selain mengekalkan keputusan untuk membatalkan pemilikan rumah Seksyen 7, Shah Alam, oleh Dr Khir dan isteri, Zahrah Kechik tetapi tertakluk kepada baki pinjaman bank.
Pada 22 September lalu, Zulkefli mengekalkan sabitan terhadap DrKhir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman pada Selasa (hari ini).
Dr Khir menerusi peguamnya, Tan Sri Shafee Abdullah mencadangkan hukuman itu digantikan dengan ‘khidmat masyarakat’ dengan memberikan perkhidmatan percuma dua kali seminggu kepada golongan miskin.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 telah menjatuhkan hukuman setahun penjara terhadap Dr Khir dan melucutkan pemilikan harta.
Dr Khir membuat rayuan terhadap keputusan itu tetapi pada 30 Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak rayuan itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.