iskandarX Society Ekonomi - Indeks Industri Automotif Lepasi Penanda Aras 100 Mata Dalam Suku Kedua



KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks Industri Automotif mengatasi penanda aras 100 mata dalam suku kedua tahun ini setelah susut ke bawah paras threshold 100 mata dalam suku pertama.







Peningkatan ini membayangkan bahawa industri automotif sedang pulih dan jumlah keseluruhan industri seharusnya bertambah baik dalam bulan-bulan akan datang, terutamanya dengan model-model baharu yang menarik dalam perancangan dan pasaran beransur-ansur menyesuaikan diri dengan garis panduan pinjaman Bank Negara.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), dalam tinjauannya, berkata pemulihan dilihat dari sudut prestasi jualan dalam suku kedua.

"Keadaan perniagaan dalam industri automotif mulai sembuh. Peningkatan ini didorong oleh faktor-faktor utama seperti pengenalan model-model baharu dan isi rumah menerima hakikat harga tukar beli yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan.

Institut penyelidikan itu berkata jumlah jualan dalam suku kedua berkemungkinan setanding dengan jualan dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas.

-- BERNAMA

Cuba pihak pengeluar automotif nie semua jual dengan harga yang murah sedikit, pasti jualan meningkat. Ini tidak selagi namanya kerja kerajaan terus sembelih, itu yang kerja kerajaan, senang dapat loan, yang kerja sendiri? Macam-mana pula? Pernahkah korang terfikir untuk jual kereta kepada nelayan atau petani mengikut kemampuan mereka? Pernah?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers