iskandarX Society Hiburan - Peminat Jadi Juri Anugerah Blockbuster 2011



KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2012: Buat julung kalinya, peminat filem tempatan diberi kuasa penuh menjadi juri bagi menentukan filem kesukaan menerusi Anugerah Blockbuster 2011 yang bakal dianjurkan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) di Stadium Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2012.






Lebih menarik lagi, anugerah yang mendapat kerjasama Astro Ria dan Era FM ini turut mengangkat filem yang kurang mendapat jumlah kutipan tetapi popular di mata peminat.

Menjelaskan secara terperinci mengenai anugerah ini, Pengurus Festival Anugerah Blockbuster 2011, Nancie Foo memberitahu idea penganjuran ini telah pun dirancang hampir dua tahun lamanya.

"Idea menganjurkan anugerah ini sebenarnya datang dari Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abd Halim. Akhirnya, selepas dua tahun merancang, barulah kami mendapat peluang ruang untuk menganjurkannya.

"Istimewa tentang anugerah ini, ianya tidak sama seperti anugerah lain yang pernah dianjurkan di negara kita. Anugerah ini memberi peluang kepada peminat sendiri untuk menilai kredibiliti serta kreativiti penggiat seni terhadapkarya masing-masing serta menobatkan mereka yang benar-benar layak merangkul anugerah yang dipertandingkan.

"Filem yang layak bertanding adalah filem yang ditayangkan di pawagam dalam tempoh bermula daripada 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011. Ianya terbuka kepada mana-mana filem tempatan tidak kiralah sama ada filem berkenaan mendapat jumlah kutipan yang tinggi atau pun tidak. Yang pasti, filem itu mestilah popular di kalangan peminat tempatan," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Nancie Foomemberitahu, penggiat seni yang bukan warganegara Malaysia turut layak bertanding seandainya individu berkenaan ada melibatkan diri dalam mana-mana filem yang dipertandingkan.

"Setakat ini, kami masih lagi menunggu pencalonan dari produser tempatan. Tarikh tutup menghantar pencalonan adalah pada 20 Julai ini. Produser adalah pihak bertanggungjawab yang akan mencadangkan nama penggiat seni yang mahu bertanding.

"Kami akan mengumumkan senarai 10 pencalonan terbaik daripada 14 kategori yang dipertandingkan pada 3 September ini yang mana undian secara online kan turut dibuat di sebuah lamn web rasmi kami bermula pada 3 September dan akan tamat pada 24 September 2012.

"Selepas menyenarai pendek 5 pencalonan terbaik, tpeminat pula perlu membuat undian secara SMS dan undian akan bermula pada 24 September dan berakhir pada malam anugerah iaitu 6 Oktober 2012," jelasnya.

Sementara itu, sebanyak 42 buah filem yang diterbitkan sepanjang 1 Januari hingga 31 Disember 2011 layak untuk dipertandingkan di dalam anugerah ini. Antaranya, termasuklah Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Kongsi, Hantu Bonceng, Nur Kasih The Movie, KL Gangster, Ombak Rindu, Songlap dan banyak lagi.

Berikut adalah kategori yang dipertandingkan:

1. Filem Popular

2. Pengarah Popular

3. Pengarah Baru Popular

4. Filem Aksi Popular

5. Filem Komedi Popular

6. Filem Seram Popular

7. Filem Muzikal/drama Popular

8. Hero Popular

9. Heroin Popular

10.Antagonis Popular

11.Lagu Tema Popular

12.Pelakon Baru Lelaki Popular

13.Pelakon Baru Wanita Popular

14.Anugerah Istimewa PFM

Ok korang semua, antara semua filem nie yang mana sempoi? Tolong angkat ketiak korang ok?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers