iskandarX Society Selebriti - Steven Tyler: Bye Bye American Idol



LOS ANGELES: 13 JULAI 2012: Ya, berita itu ini bukan lagi sekadar desas-desus atau khabar angin semata-mata.Namun, Steven Tyler, 64, sudah pun mengumumkan bahawa dia akan meninggal program American Idol.






Pengumuman itu telah dibuat apda hari semalam dan vokalis Aerosmith ini turut memberitahu bahawa sudah sampai masanya itu dia memberikan fokus dan tumpuan terhadap band rocknya itu.

"Saya mula mengikat kontrak bersama American Idol untuk setahun dan kemudian ia menjadi 2 tahun. Ia membuatkan saya terfikir, apakah saya harus meneruskannya atau berhenti di setakat ini.

"Ya, saya seronok menjayakan program ini dan menjadi sebahagian daripada produksi American Idol. Saya juga enjoy melalui proses menjayakan show ini secara keseluruhannya.

"Meninggalkan American Idol bukanlah satu keputusan yang mudah. Tapi, mahu tidak mahu, saya terpaksa melakukannya kerana ada banyak perkara lain yang perlu saya lakukan yang sebelum ini telah tergendala.

"Akhirnya saya tepaksa membuat keputusan yang barangkali mengecewakan semua orang - bahawa saya terpaksa pergi," katanya kepada Fox.

Keputusan yang dibuat Steven Tyler itu nyata memeranjatkan juri American Idol yang lain iaitu Jennifer Lopez dan Randy Jackson.

Penyanyi yang bermulut luas nie kira otai rock n roll akan meninggalkan American Idol buat selamanya, ke dah kena tendang brother? Tu la bila nyanyi jer engko buka mulut luas-luas bila komen tak nak buka luas-luas dok reject orang merata kan dah orang tak suka.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers