KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2012: Pelakon dan pengacara, Farouk Hussein akui tidak menyangka Chef Jo akan membuat kejutan dengan menyenaraikan dia semula sebagai 5 peserta finalis Masterchef Selebriti sekalipun telah tersingkir di minggu terakhir program tersebut.
Malah dia amat bersyukur dan gembira kerana dapat berentap ke peringkat akhir bersama finalis lain iaitu Datuk Fazley, Angah Raja Lawak, Juliza Adlizan dan Soo Wincci pada 16 Julai ini.
"Syukur, alhamdulilah kerana saya akhirnya dapat ke final. Terus-terang saya memang tidak menyangka boleh lepas hingga ke tahap ini. Rasa gembira tak terkata apabila buat pertama kalinya saya berjaya ke peringkat akhir memasak seperti ini kerana saya akui saya bukanlah pandai memasak seperti tukang masak profesional.
"Paling saya terkejut selepas saya redha disingkirkan setelah tewas dengan Angah itu Chef Jo memanggil saya kembali dan mengumumkan saya salah seorang yang tersenarai dalam final Masterchef Selebriti bersama-sama dengan 4 finalis lain," katanya yang dihubungi oleh murai.com.my
Dalam itu, seperti yang diketahui umum, finalis pertama yang menempah tempat ke final iaitu Soo Wincci setelah dia berjaya memikat hati juri menerusi masakannya dan sekaligus menang ujian cipta rasa dalam episod terdahulu.
Saksikan Masterchef Selebriti Malaysia Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).
Hahahahaha rancangan yang paling membuatkan aku rasa loya and nak termontah, MasterCheft Malaysia, tak sangka brother Farouk berjaya dengan jayanya masuk Final. Keep it up, jangan malukan Penang.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.