KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2012: Pelakon Zain Saidin akui terkejut apabila mendapat tahu tentang berita perceraian kakaknya, Sasha Saidin yang juga bekas anggota penyanyi kumpulan Elite dengan Salyo.
Kata Zain, dia mendapat tahu tentang berita perceraian kakaknya dengan Salyo yang berwargangera Indonesia itu pun daripada pihak media.
"Selepas mengetahui tentang hal tersebut, saya ada menghubungi Sasha untuk bertanyakan tentang perkara itu dengan lebih lanjut, namun hingga kini saya masih tidak berpeluang untuk berjumpa dengan mereka kerana jadual shooting saya yang agak padat. Sejujurnya saya tidak tahu langsung apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka.
"Tapi, saya memang terkejut dan tidak menyangka bahawa perkahwinan mereka akan diakhiri dengan cara yang begini. Lagipun, saya memang rapat dengan abang ipar (Salyo) kerana kami ada berbincang untuk menghasilkan lagu bersama," ujar Zain kepada murai.com.my.
Dia juga melahirkan perasaan sedihnya dengan apa yang berlaku. Menurut Zain Saidin lagi, dua bulan yang lalu ketika kali terakhir mereka bertemu, rumahtangga kakaknya dengan Salyo itu masih lagi berada dalam keadaan baik.
"Saya tidak nampak sebarang perubahan dan hubungan mereka seperti berada dalam keadaan yang sempurna,tapi saya juga tidak boleh komen lebih kerana saya jarang bertemu mereka," tambahnya lagi.
Zain yang ditemui di majlis Raikan Ramadhan anjuran TV3 memberitahu bahawa dia bakal sibuk pada ramadhan akan datang kerana memenuhi undangan berbuka puasa dan juga sesi penggambaran.
Zain Saidin akan muncul di TV3 dalam telemovie Pengawal Hatiku bersama Tasha Shilla dan bakal menguruskan perniagaan biskut rayanya sepanjang Ramadan ini.
Ekeleh, buat-buat terkejut pulak, ke suka Sasha Saidin tu bercerai? Takpayah la buat gimik terkejut, pi terus pujuk-pujuk Sasha tu mana nak pi tau kowt-kowt dapat kat hang pulak. Barang baik tu bro.
tak baik tuduh camtu. Maybe dia betul2 tak tau.
ReplyDeleteis bukan tuduh, cuma serkap jarang je, ala artis nie biasa lah, kawin cerai kawin cerai, tak penah rasa susah lagi sebab tu memain dengan perintah Allah S.W.T. Thanks anyway sebab drop by to comment kat blog is nie.
Delete