iskandarX Society Hiburan - Fred: Nasi Lemak 2.0 Bukan Filem Cina



KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Penerbit Eksekutif Nasi Lemak 2.0, Fred Chong sekeras-kerasnya menafikan filem berkenaan adalah filem Cina selepas mendapat tahu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Panchacharam A/L Nalliah atau Pancha melabelkan filem ini sebagai sebuah filem Cina di sidang media Anugerah Blockbuster 2011, Jumaat lalu.






"Filem ini bukanlah filem Cina semata-mata. Filem ini adalah filem Malaysia kerana ia berkonsepkan 1Malaysia yang menampilkan bahasa campuran iaitu Melayu, Mandarin dan Tamil yang digunakan seluruh rakyat tempatan.

"Secara peribadi, filem ini layak untuk menyertai Anugerah Blockbluster 2011 kerana anugerah berkenaan bukanlah anugerah khusus untuk filem Melayu tetapi lebih kepada filem Malaysia.

"Oleh itu, saya rasa Nasi Lemak 2.0 memang layak dan sejujurnya saya berasa sedikit kecewa apabila tahun lalu filem ini tidak boleh bertanding dalam Festival Filem Malaysia," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan lebih lanjut tentang filem ini, Fred yang bakal melancarkan filem terbaru berjudul Hantu Gangster yang menampilkan Noh Hujan sebagai teraju utama mengakui filem pertama arahan dan lakonan Namawee pernah bertanding di festival filem New York, Japan, Taiwan dan Korea.

"Banyak orang kata, Nasi Lemak 2.0 lebih kepada filem antarabangsa berbanding filem tempatan. Semuanya atas dasar filem ini banyak dapat pengiktirafan dari luar negara.

"Bagaimanapun, saya berpegang pada satu bahawa filem ini adalah filem Malaysia yang mencerminkan identiti 1Malaysia yang diperjuangkan pihak kerajaan.

"Pada Mac 2012, kami baru saja meraih anugerah Pengarah Baru Terbaik Asia di Filem Festival Osaka 2012, Jepun," katanya.

Sementara itu, Fred dalam nada rendah diri berharap seandainya diberi peluang, pihak penerbitan filem yang mendapat jumlah jualan sebanyak RM7juta ini amat berminat untuk menyertai anugerah tersebut.

"Seandainya layak masuk bertanding, kami sasarkan untuk tercalon dalam lima kategori iaitu Pengarah Baru Popular, Pelakon Baru Popular, Filem Komedi Popular, Lagu Tema Popular dan Filem Muzikal Popular.

"Apapun, saya masih menunggu jawapan dari pihak penganjur. Terus-terang, saya baru saja tahu mengenai hal pencalonan ini menerusi laman twitter. Namun, pada awalnya saya masih keliru.

"Sekarang, saya sudah tahu dan berharap sangat diberi peluang untuk menyertai anugerah yang buat julung kalinya diadakan," jelasnya.

Filem ini mencipta satu rekod baru apabila menampilkan lebih 20 selebriti tempatan yang mewakili tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Antara pelakon yang terlibat ialah Namawee, Datuk David Arumugam, Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Karen Kong, Dennnis Lau, Reshmonue, Nadine Ann, Felixia Yeap, Yin Yin, Ajieb, Bean, Eiza Idanie dan ramai lagi.

Bukan filem cina? So filem apa? Filem blue? dahla penulis script dengan pengarah tu Namewee, yang sebelum nie kurang ajaq nak mampus, dapat aku aku tabuh meniarap pun aku bohong. Hari-hari melancap, hari-hari melancap tuptup jadi pebgarah filem pulak? Filem lawak pulak tu, nak bagi orang gelak lepas apa yang hang dah buat? Aku boleh accept kalau takat mengata kat bangsa tapi agama kami di permaiankan oleh kafirun nie, memang tidak boleh diterima. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers