KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- MCA mahu kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR menjelaskan mengenai laporan bahawa Talam Corporation Bhd berhutang kira-kira RM80 juta dengan Perbadanan Menteri Besar (MBI).
Ketua Biro Profesional Muda parti itu Datuk Chua Tee Yong berkata jumlah RM80 juta itu bercanggah dengan kenyataan yang diberikan kerajaan Selangor sebelum ini pada 2010 bahawa ia berhutang RM30 juta dengan Talam.
"Berdasarkan hansard Dewan Undangan Negeri Selangor pada 9 Nov, 2010, pada muka surat 18, kerajaan Selangor berhutang dengan Talam RM30 juta dan akan bayarnya kemudian.
"Bagaimanapun selepas pendedahan dan dipersoalkan oleh MCA pada 12 Julai 2012, kerajaan Selangor tiba-tiba mengumumkan sebanyak RM80 juta masih belum dikutip daripada Talam.
"Mereka masih tidak memberikan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa RM80 juta ini hanya didedahkan sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini.
-- BERNAMA
Dok dedah dah terdedah dah, so apa lagi? Hang nak tolong bayaq hutang tu ka Chua Tee Yong oi? Pi la bagi tau seluruh dunia yang Kerajaan Negeri dok tanggung hutang belambak. Pi bagi tau kat CNN terus, tak pun CIA ka baru best. Sia-sia ada kebel. Dok kelahi pi mai pi mai adik beradik depa jugak, yang dok kenyang adik beradik depa jugak, tudia lah kalau dah cina bukit pun ada kuasa dalam negara. Haru-biru.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.