iskandarX Society Selebriti - Tasha Shila Hampir Lemas Kerana Ombak Rania



KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2012: Banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh pelakon, Tasha Shilla dalam melakonkan watak sebagai ikan duyung yang bernama Puteri Rania dalam telefilem, Ombak Rania yang telah pun ditayangkan di Astro Ria pada 12 Julai lalu (semalam), jam 9 malam.






"Saya hampir lemas di dalam air kerana perlu mengenakan kostum ikan duyung telah dibuat khusus untuk telefilem ini dan pada waktu yang sama saya perlu berenang.
Bila berada terlalu lama di dalam air, kostum itu jadi berat. Apabila berat saya tidak dapat berenang dan lemas seketika sebelum disedari krew yang cuba selamatkan saya.

"Penggambaran di dalam kolam air juga agak mencabar kerana saya perlu berjam-jam menjalani babak dalam air sehingga kesejukan. Disebabkan itu, saya perlu bersedia dengan vitamin C dan juga beberapa makanan tambahan lain, bagi mengelakkan diri daripada demam," jelasnya lagi.

Jelas Tasha Shilla lagi, dia bagaimanapun gembira kerana impian menjadi ikan duyung sedari kecillagi telah terlaksana dalam telefilem bergenre romantik komedi fantasi tersebut.

"Saya macam tak percaya pula apabila diberi peluang melakonkan watak ini kerana memang dari kecil lagi saya teringin hendak menjadi ikan duyung seperti cerita dongeng dan kartun dalam televisyen.

"Pada awalnya saya kecewa kerana ketika ditawarkan watak ini, jadual saya agak padat dan saya juga tidak dapat memenuhi jadual penggambaran telefilem tersebut," katanya kepada murai.com.my.

Selain Tasha Shilla, Ombak Rania turut dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Rozita Che Wan, Sharifah Sakinah, Ruminah Sidek dan Aida Comel.

Pertama kali bergandingan dengan Aiman Hakim Redza yang menjadi kekasihnya di dalam telefilem tersebut, Tasha Shilla memberitahu dia selesa dan mudah bekerjasama dengannya.

"Walaupun pertama kali bergandingan dengan Aiman, ternyata kami sekepala dan mudah untuk berkerjasama. Jadi untuk mencari chemistry sebagai pasangan kekasih itu tidak susah," tambahnya lagi.

Ombak Rania mengisahkan mengisahkan tentang kehidupan Puteri Duyung Rania yang kehilangan bondanya sejak kecil begitu gembira dengan kehadiran bonda tirinya iaitu Permaisuri Siti Orcha. Malah seluruh duyung-duyung Empayar Insangpuri sudah merestui keputusan rajanya untuk beristeri lagi tanpa mengetahui niat jahat Permaisuri Siti Orcha yang mengamalkan ilmu hitam.

Puteri Rania semakin membesar dan kecantikkannya kian menyerlah lalu menimbulkan rasa tidak senang hati pada permaisuri, hal ini ditambah dengan hasutan cermin puaka. Untuk mengekalkan status sebagai duyung tercantik di Empayar Insangpuri, permaisuri mengarahkan Panglima Awal membunuh Puteri Rania dengan membawa ekornya sebagai bukti.

Atas sifat belas kasihan, Panglima Awal tidak sampai hati lalu membawa Puteri Rania berjumpa dengan dukun diraja. Untuk menyelamatkan Rania, dukun menganugerahkan Rania sepasang kaki dan mencampakkan dia ke dunia manusia. Rania muncul di kolam renang Tengku Farid, pelajar 'marine biology' yang tampan.

Dengan pertolongan Supriyati, pembantu rumah Farid, Rania diperkenalkan sebagai adiknya dan bekerja di rumah Tengku Farid. Tengku Farid jatuh cinta dengan Rania tetapi terpaksa melalui segala onak duri untuk bersamanya. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Permaisuri Siti Orcha menyamar menjadi manusia dan meneruskan niat jahatnya untuk membunuh Rania.

Bak kata orang-orang tua-tua Melayu dahulu, kalau takut dilambung ombak jangan lah berumah ditepi pantai. Kalu kail panjang sejengkal, jangankan lautan dalam hendak diduga. Makna kata, kenalah berani kalau nak lakukan sesuatu dan ada ilmu untuk melakukan sesuatu, kalau Tasha Shila nak jadi ikan duyung sekalipun, kenalah berani untuk jadi ikan, dan ada ilmu berenang macam ikan duyung tu, jangan dok pi menuntut ilmu ikan duyung pulak ok? Kang Tak pasal Kordi mai tangkap buat show.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers