KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2012: Sungguhpun masih baru, Hayad yang bernaung di bawah pengurusan Aryuna Entertainment mengakui sudah bersiap sedia berhadapan dengan gosip serta pelbagai dugaan sepertimana yang ditempuhi anak seni yang lain.
Malah, Hayad yang dianggotai Rafiq Bakar, 28, dan Fadly Zailan,24, rela seandainya kisah peribadi mereka diperjudikan segelintir pihak. Bagaimanapun, kedua-dua jejaka muda ini tidak sanggup bergambar tanpa pakaian hanya semata-mata untuk tatapan peminat.
"Sebelum ini, kami sudah bergerak aktif secara indie. Sekarang ini, baru kami nekad dan memberanikan diri ke arah mainstream dan telah bersedia seratus-peratus untuk tempuhi dugaan dan gosip hidup anak seni.
"Soal bergambar dengan tidak berbaju, kami tidak akan kata setuju tetapi sebaiknya kami akan berbincang terlebih dulu dengan pihak yang menawarkannya," ujar Rafiq kepada murai.com.my.
Menyentuh tentang penggunaan nama Hayad, Rafiq memberitahu, asalnya nama kumpulan mereka itu diambil sempena nama adiknya, Dayah yang diterbalikkan ejaannya.
"Nama Hayad itu sebenarnya adalah Dayah. Dayah pula adalah adik saya dan kami memilih untuk menggunakan namanya kerana dia cukup memahami kehendak kami berdua. Selain itu, dia juga adalah pencipta lagu kami iaitu Terbaik Untukku, Teman dan Pilihanku sepertimana yang disiarkan di Youtube. Pemilihan namanya ini adalah satu penghormatan buat dirinya.
"Apapun, Dayah bukanlah kekasih Fadlysepertimana anggapan segelintir pihak. Saya tahu mereka sangat rapat dan ada juga yang terfikir mungkinkah Fadly bakal menjadi adik ipar saya. Namun, ia tidak bermaksud mereka benar-benar sedang berkekasih," ujar Rafiq sambil gelak.
Dalam pada itu, Fadly yang pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia 4 (AF4) mengakui pernah dituduh menjalinkan hubungan songsang dengan Rafiq yang dianggapnya sebagai abang sendiri.
"Kami memang rapat. Keluarga kami pun kenal siapa kami. Soal hubungan songsang itu, memang ada orang yang pernah bertanyakan hal itu kepada kami.
"Kami tidak kisah apa orang kata kerana kami tahu siapa diri kami. Setakat ini, kami berdua masih single dan kami juga sudah bersedia seandainya satu hari nanti kami berpisah disebabkan pergaduhan.
"Kami sendiri sudah menandatangani satu perjanjian berhubung isu bergaduh. Kami mula kenal pada 2006 dan kemudian membuat keputusan untuk bersatu dalam satu kumpulan secara rasmi pada 2009," jelas Fadly.
Pada petang itu, Hayad telah memperdengarkan 6 buah lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album sulung mereka.
Kesemua lagu ini adalah hasil ciptaan mereka sendiri dan pihak media turut diberikan penghormatan untuk memilih lagu yang bakal dijadikan lagu single pertama.
Berikut adalah lagu yang terkandung dalam album ini.
1. Melodi
2. Janji
3. Luar Biasa
4. Benar-Benar Cinta
5. Jawapan
6. Separuh Dariku
Dok kisah ker orang dok kata hangpa nie songsang? Daripada dok layan depa nuh, baik tumpu kerja korang aja. Dorang lengguh mulut korang jugak yang kaya dok dapat duit, betoi dak? Tapi kalau boleh, jangan dok buat apa yang orang dok sangka buruk tu, kurangkan aksi-aksi yang dok nampak songsang dimata masyarakat sebab masyarakat dan peminat ini yang menjadi sumber rezeki korang. Mau dok ingat tu ok?
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.