iskandarX Society Selebriti - Tasha Shilla Mahu Rehat Waktu Ramadan



KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Aktres muda berbakat ini bijak mengatur langkah dalam membina namanya dalam industri hiburan ini. Walaupun kerap terpalit dengan pelbagai kisah panas dan kontroversi mengenai dirinya, Tasha Shilla memilih untuk berdiam diri dan membawa haluan sendiri.






Dia seakan sudah jelak dengan gosip murahan yang sering dikaitkan dengannya itu berharap tidak lagi berdepan dengan situasi sedemikian. Malah, sempena kedatangan bulan ramadan yang bakal tiba tidak kurang daripada seminggu ini, Tasha Shilla sudah membuat keputusan untuk berehat.

"Bulan puasa tahun ini Tasha Shilla mahu berehat. Jadi, tiada sebarang penggambaran drama akan dilakukan pada waktu ini kerana Tasha sudah tetapkan untuk tidak bekerja pada ramadan kali ini.

"Tetapi Tasha sentiasa bersedia untuk memenuhi sebarang undangan berbuka puasa atau sebarang acara amal jika tidak melakukan sebarang aktiviti.

"Tahun lepas Tasha sudah pernah berkerja dan berada di lokasi ketika bulan puasa dan penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu, jadi tahun ini Tasha nak rest sikit,"ujarnya kepada murai.com.my.

Tasha turut berbicara mengenai watak yang kini menjadi perhatiannya jika ditawarkan untuk berlakon. Ada yang mendakwa dia agak cerewet dalam memilih watak, namun Tasha ada jawapannya sendiri.

"Bukan memilih atau mahu demand, soalnya Tasha mahu memberi kepelbagaian dalam membawakan watak kalau berlakon. Kini Tasha dalam mood mahu mencuba watak-watak komedi kerana mahu mencabar kebolehan lakonan Tasha.

"Watak komedi juga tidak semudah yang disangka dan mujurlah pengarah sudi memberi tunjuk ajar. Untuk ramadan yang bakal tiba ini, Tasha akan muncul membawakan watak komedi dalam Pengawal Hatiku iaitu sebuah drama bakal ditayangkan di TV3," tambahnya lagi.

Personaliti yang dikenali ramai ini bakal membuka bazar di Kampung Baru bagi menjual produk hasil perniagaan keluarganya. Dia yang sememangnya berpengalaman berniaga di bulan ramadan percaya rezeki seseorang akan murah kala berniaga di bulan tersebut.

Bagus Tasha bagus, daripada dok buat maksiat baik banyakkan ibadah, pi terawih lagi bagus daripada dok buat kerja tak senonoh betoi dak? Hati leh tenang, rezeki lebih murah.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers