iskandarX Society Selebriti - Justin Bieber Mahu Raih Anugerah Grammy



KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2012: Jeritan yang tiada henti daripada peminat tegar idola pujaan dunia, Justin Bieber telah memberi peluang kepada mereka untuk bertanyakan soalan kepada bintang remaja pop tersebut. Justin ternyata menghargai peminatnya dan mengucapkan tanda terima kasih.






Justin juga berkata dia menyayangi peminat seluas dan sejauh jarak dimana dia berdiri hingga ke bulan. Ditanyakan mengenai pencapaian sepanjang ini, Justin menjawab dia masih menantikan satu pengiktirafan.

"Saya mahu menjulang trofi daripada anugerah berprestij Grammy. Ini adalah impian saya selepas menjadi bidang muzik passion utama dalam hidup saya," ujarnya ringkas.

Bercakap mengenai album terbarunya Believe, Justin menjelaskan bahawa album kali ini diseimbangkan dengan pelbagai jenis lagu dan genre yang menggambarkan dirinya. Dapat dilihat beberapa lagu yang up tempo dan tidak dilupa lagu yang berbentuk romantic yang menjadi trademark kepada penyanyi ini.

Dia juga menjelaskan bahawa album Believe merupakan album yang mengintrepretasikan dirinya yang sebenar kerana menurut Justin dia bertungkus lumus menghasilkan album yang mengambil masa lebih kurang 10 bulan untuk disiapkan. Tidak seperti album yang terdahulu, My World 2.0 hanya mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.

Album ini turut menampilkan ramai composer dan penyanyi yang berkolaborasi dengannya bagi memberi kelainan dan variasi dalam album berkenaan. Antara nama besar yang terlibat adalah Drake, Nicki Minaj, Ludacris dan ramai lagi.

Diakhir sesi temubual, Justin berkara bahawa dia amat menyayangi peminatnya dan ia melebihi segala-galanya. Bagi bintang yang menggemari kereta Rolls Royce Phantom ini, berjanji akan kerap mengunjungi Malaysia dan bakal kembali tidak lama lagi.

Nak meraih Grammy Arward pulak dah Si Justin nie? Dengan menyanyi lagu suara bunyi macam pondan so macamana mau lawan?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers