iskandarX Society Ekonomi - Keyakinan Pengguna Malaysia Meningkat Dalam S2, Kata Nielsen



KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Keyakinan pengguna di Malaysia meningkat empat mata kepada indeks 111 dalam suku kedua (S2) tahun ini, dan ini merupakan paras tertinggi dalam tempoh enam tahun, demikian menurut hasil kaji selidik keyakinan pengguna dalam talian global terbaru oleh Nielsen.







Dalam satu kenyataan, Nielsen berkata Malaysia meningkat ke tempat kelima daripada ketujuh dalam kalangan 56 negara yang terlibat dalam kaji selidik itu, selepas Indonesia (120), India (119), Filipina (116) dan Arab Saudi (115).

Pengarah Urusan Nielsen Malaysia, Richard Hall, berkata beberapa perkembangan memberi keyakinan kepada pengguna Malaysia.

"Inflasi meningkat pada kadar yang lebih perlahan sejak Februari, ringgit mengatasi prestasi mata wang Asia dalam empat bulan pertama tahun ini, perolehan korporat menunjukkan prospek yang cerah bagi 2012 dan output pembuatan meningkat pada Februari, Mac dan April," katanya.

Antara hasil kaji selidik itu ialah keyakinan terhadap prospek pekerjaan tempatan dan kewangan peribadi terus mendorong peningkatan keyakinan dan tahap keyakinan ini membantu meletakkan Malaysia sebagai kumpulan pengguna prospek kerja dalam talian ketiga paling optimis.

-- BERNAMA

Ringgit Malaysia patut menjadi ibu yukaran mata wang asing kepada seluruh dunia bukan setakat Asia. Kaji balik sejarah kerajaan Melayu Kalahah kalau nak naikkan negara kita ke peringkat tertinggi semula. Caranya senang sahaja, sebelum Singapore jadi negara perlabuhan terkenal, Malaysia adalah Negara Pelabuhan yang terkenal yang mula-mula menjadi pusat perdagangan dunia. Kita, sebagai rakyat, support dengan membeli dan menggunakan product serta services tempatan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers