KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2012: Pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah akui amat berbesar hati selepas dipilih untuk menjadi duta krim wangian Ched Solid Perfume sejak 2 bulan lalu. Malah, Zarina Anjoulie turut merasakan pemilihannya sebagai duta kepada krim wangian tersebut adalah kerana dirinya adalah popular.
"Saya gembira kerana diberi kepercayaan oleh mereka untuk menjadi duta kepada produk ini.Saya tidak tahu sebab sebenar mereka memilih saya tetapi setahu saya peranan duta adalah untuk menjalankan sebahagian daripada aktiviti pemasaran serta promosi yang mereka jalankan.
"Jadi, untuk mempengaruhi orang lain atau pelanggan, seseorang duta yang dipilih atau dilantik itu haruslah popular serta diketahui ramai. Saya rasa...saya popular. Kalau saya ini tidak popular, tidak mungkin mereka akan pilih saya sebagai duta mereka,"katanya kepada murai.com.my yang ditemui ketika memperagakan koleksi baju raya rekaan Arif Shukor anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal baru-baru ini,
Produk krim wangian Ched Solid Perfume itu baru sahaja dilancarkan di Restoran Rasta, Damansara, Sabtu lalu.
Menurut Zarina Anjoulie lagi, dia bukan sahaja dilantik menjadi duta kepada produk tersebut, malah turut menjadi agen perniagaannya.
"Saya memang minat berniaga. Jadi bila ditawarkan menjadi duta, apa salahnya jika sambil mempromosikannya, saya turut berniaga untuk menambah rezeki. Alhamdulilah, selepas 2 bulan berada di pasaran, produk ini telah mendapat sambutan yang cukup baik daripada masyarakat pengguna.
"Lagipun harganya sangat berpatutan. Pelanggan boleh mendapatkannya pada harga RM12.90 untuk satu kiub. Sekarang ini, saya hanya menjual secara online dahulu iaitu melalui laman akaun Twitter saya @Zarina_Anjoulie," jelasnya.
Ched Solid Perfume terdiri daripada 20 jenis wangian yang boleh digunakan sebagai minyak wangi, pelembap bibir atau deodorant.
Selain berniaga minyak wangi, Zarina memberitahu, tahun ini dia akan menumpukan kepada perniagaan lain serta mahu berehat seketika daripada aktiviti seninya.
"Saya dalam perancangan untuk membuka perniagaan kasut dan baju perempuan tahun ini.
"Saya rasa tahun ini adalah tahun untuk saya buat duit dengan berniaga kerana saya memang minat meniaga. Lagipun saya sudah selesai menjalani penggambaran untuk tiga buah filem dan hanya menanti ianya ditayangkan sahaja," tambahnya.
Tiga buah filem tersebut adalah filem Ular terbitan KRU Studios Sdn Bhd dan 2 filem arahan Mamat Khalid, Amukan Buas Frankenstein Tempatan serta Amir dan Luqman Ke Laut.
bagus pi jadi duta buang, daripada dok tayang body hang yang tak seksi tu. Aku ingat bukan pasal populariti daa maybe sebab tokey perfume tu tak tahan bau badan dia kowt?

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.