NOW putar belit dokumen YaPIEM yang dicuri – Abibullah Samsudin

NOW putar belit dokumen YaPIEM yang dicuri – Abibullah Samsudin
Dokumen yang dicuri itu telah diputarbelitkan oleh NOW dengan tujuan mahu menjatuhkan keyakinan pelabur terhadap YaPEIM

Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) pada Selasa mendakwa, Akmal Nasir membuat pendedahan kepada umum berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada dokumen yang telah dicuri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, daripada maklumat yang dicuri itu Akmal Nasir yang merupakan Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah memutarbelitkan isi kandungan dan fakta dengan tujuan menjatuhkan reputasi YaPEIM.

Beliau berkata, tuduhan bahawa YaPEIM menyalahgunakan atau menyeleweng kutipan duit sumbangan amal jariah daripada para penyumbang di bawah Skim Potongan Gaji adalah tidak benar dan ia jelas menunjukkan satu fitnah jahat yang bertujuan mahu menghakis keyakinan penyumbang kepada institusi perniagaan Islam seperti YaPEIM.

“YaPEIM memandang serius segala pertuduhan yang dilemparkan oleh Akmal Bin Nasir kerana ianya telah menyebabkan krisis keyakinan dikalangan penyumbang dan meletakkan YaPEIM di dalam pandangan umum yang sangat buruk.

“Ia turut memberi kesan negatif dalam urusan perniagaan YaPEIM. Tuduhan penyalahgunaan dan penyelewangan dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) serta pembaziran adalah tuduhan berat yang berniat jahat dan bermotifkan politik.

“Lebih mendukacitakan, ia telah diterima oleh sebahagian daripada masyarakat di dalam dan luar negara berdasarkan maklumat yang terkandung dalam dokumen dalaman YaPEIM yang dicuri dan kemudiannya diputarbelitkan oleh NOW,” katanya menerusi kenyataan penuh yang disiarkan di laman portal malaysiagazzete.com.

Dalam pada itu beliau tidak menafikan, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Akmal terhadap YaPEIM itu walaupun tidak berasas tetapi boleh memberikan persepsi buruk kepada pelabur dan mampu menjejaskan perniagaan dan pertumbuhan yang telah dijana oleh badan berkenaan yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan sosio ekonomi umat Islam.

Justeru, Abibullah memohon kerjasama daripada agensi-agensi penguatkuasa tertentu agar menyekat kegiatan jahat NOW yang menggunakan dokumen-dokumen dalaman YaPEIM yang dicuri untuk diputarbelit dan dipalsukan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers