Putus tunang gara-gara Ashraf Muslim

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Putus, tunang, gara-gara, Ashraf Muslim
Bekas tunang(kiri) dan Wan Sakinah - Gambar hiasan

MASIH belum reda mulut orang berkata tentang majlis perkahwinan mengejut antara Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu, kini timbul isu baru yang jauh lebih mengejutkan.

Ini kerana, Ashraf bukan sahaja dikatakan kahwin kali kedua tanpa keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, malah turut didakwa punca berlakunya putus tunang antara Sakinah dengan bekas tunangnya.

Melalui rancangan Melodi di TV3, bekas tunang Sakinah, 29, yang tidak mahu dinamakan telah muncul memberitahu tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf, 32, menjalinkan hubungan dengannya.

Beliau turut mendakwa yang hubungan Ashraf dengan Sakinah terjalin sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada isteri pertamanya, Dayana.

“Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.

“Pada masa itu saya memang frust (kecewa), kerana saya sudah hampir berkahwin. Memang takdir telah menentukannya tapi macam mana takdir pun mesti ada sebab dan alasannya dan salah satu sebab pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf

“Dan pertunangan saya dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, bekas tunang Sakinah itu tetap menarik nafas lega apabila apa yang diperkatakannya sebelum ini bukanlah fitnah sebaliknya kenyataan.

“Alhamdulillah, apa yang Ashraf nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.

“Sebelum ini apa yang saya cakap tidak dipercayai orang lain kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz, tapi Alhamdulillah, akhirnya terbongkar,” ujarnya yang turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Dayana.

Tidak berdendam dengan Sakinah meskipun hubungan yang terjalin tidak ke jinjang pelamin, beliau tetap mendoakan kebahagiaan Ashraf dan Sakinah sehingga ke akhir hayat.

Namun, apa yang diharapkan oleh beliau agar Ashraf tidak lari dengan apa yang berlaku sebaliknya bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.

“Ashraf patut berterus terang dan sedia menghadapi pihak media dan orang ramai,” jelas beliau.

Sebelum ini, Ashraf dan Sakinah mengemparkan industri hiburan tanah air apabila dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, tampil memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.

Ashraf dan Dayana bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011, namun sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.

Comments

  1. Replies
    1. memang pening kan kes artis sekarang? Terima kasih kerana sudi singgah blog is dan komen.

      Delete
  2. singgah sambil klik apa yang patut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah blog is dan komen.

      Delete
  3. hahaha.. kahwin.. cerai.. kahwin.. cerai... poligami.. anak.. hahahaha
    hebat betul artis Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah adat hidup menjadi artis gossip tak terlepas punya. Terima kasih kerana sudi singgah blog is dan komen.

      Delete
  4. kalau tak dapat anak jugak..kawen kali ke 3..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah semoga mereka di kurniakan cahaya mata, kaberetor dan dua mesti dapat punya, Terima kasih kerana sudi singgah blog is dan komen.

      Delete
  5. Assalammualaikum...is,

    macam2 dengan dunia hiburan kita kan...hehehe...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Selim, biasalah artis tak mungkin lekang dengan gossip punya kalau tidak blogger macam kita tak leh la cari makan hehehehe, Terima kasih kerana sudi singgah blog is dan komen.

      Delete
  6. Terima kasih kerana sudi singgah blog is dan komen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers